Elemen Seni Dekorasi Digabung Dalam Himpunan Tory Burch Musim Bunga 2018 - Glam Malaysia

Elemen Seni Dekorasi Digabung Dalam Himpunan Tory Burch Musim Bunga 2018

Teks: Yana Baharudin

Tory Burch cukup bijak dalam meniupkan aura yang lebih relaks untuk wanita serba sibuk hari ini. Meskipun siluet dicipta ringkas, Tory Burch masih memandang seni sebagai satu elemen untuk membantu mengukuhkan gaya setiap wanita. Dia tahu bagaimana mahu meniupkan substance dalam setiap helaiannya agar kembara serta percutian pantai wanita-wanita ini kekal dominan.

[envira-gallery id=”71209″]

Mujur, persahabatannya bersama Ashley, iaitu anak lelaki kepada David Hicks, mendiang pakar hiasan dalaman British juga penghias apartmen pertama Prince of Wales di Buckhingam Palace sekitar 60-an telah memberinya akses istimewa menerokai arkib seni David Hicks. Lalu, cetakan dan warna hasil seni David Hicks yang cukup terkenal dengan imej lantang, audacious serta witty ini dibangunkan bersama rekaan bernafaskan slouchy, lurus dan oversized berfabrikasi lembut ini menghasilkan satu seni baru yang lebih menarik buat sejarah Tory Burch.

[envira-gallery id=”71207″]

Pentas di perkarangan taman Cooper Hewit ini dibuka dengan persalinan kemeja dan seluar longgar berserta kardigan dan tuala pantai sebagai aksesori. Ini membuktikan bahawa wanita Tory Burch sudah cukup dewasa dalam merencana gaya peribadi.

See also
Gaya Rambut Terkini: Baby Pink

 

Tidak terlalu taksub dengan arus trend ganjil sebaliknya menjadikan keselesaan sebagai medium utama yang akan mengindahkan hari mereka. Ini termasuklah helaian yang direka bercetak. Kebanyakan cetakan direka asimetri menjadikan setiap helaian tampil lebih bersih bersama warna asas palet yang disarankan musim ini iaitu understated neutrals. Tidak terkecuali untuk memasukkan sedikit elemen fun dalam himpunan ini, Tory Burch mengangkat mainan fidget spinner sebagai inspirasi kepada loket menghiasi rantai musim ini.

[envira-gallery id=”71208″]