Ummi Nazeera Sah Bergelar Isteri Dr. Izzar Anwari
Pelakon cilik kegemaran ramai Ummi Nazeera, 27, atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Dato’ Zainulabadin, sudah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan keluarganya Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 30, pada 23 Julai lalu dalam majlis pernikahan tertutup. Keputusan untuk mempercepatkan pernikahan mereka ini juga telah dibuat oleh Ummi demi menghormati permintaan keluarganya.
Sewaktu majlis istimewa yang diadakan semalam di Hotel Le Meridien, Putrajaya, Ummi dilihat mengenakan persalinan menawan daripada Innaired dan turut hadir pada hari istimewa itu adalah Yang Amat Mulia Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail.
[envira-gallery id=”69717″]
Majlis pernikahan tertutup yang dihadiri oleh 20 orang jemputan itu telah diadakan di rumah bapa saudara Ummi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan pasangan ini sah diijabkabulkan selesai Izzar melafazkan akad nikah dengan sekali nafaz tepat jam 10:45 pagi.
Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Dato’ Sri Maziah Musa dan Dato’ Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, bapa serta ibu Izzar, Abdul Khani Daud dan Datin Sri Nurah Abdul Rahman.
Menyentuh perihal perubahannya setelah bergelar isteri orang, Ummi menyatakan yang dia berasa lebih gembira dan tenang.
“Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.” ujar Ummir.
Ummi yang akan meneruskan kerjayanya dalam industri seni tanah air ini juga sempat berkongsikan Izzar semakin romantik semenjak mereka mendirikan rumah tangga.
Majlis resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC di sini 12 Ogos ini.
GLAM juga sempat menemubual Ummi sedang dia sibuk dengan persiapan majlis resepsinya jadi ikuti perbualan GLAM Malaysia bersama Ummi Nazeera:
1. Macam mana dengan persiapan perkahwinan Ummi? Did you turn into a bridezilla atau Ummi lebih tenang dalam mengurukan hal-hal persiapan majlis akan datang ini? Izzar banyak mainkan peranan atau dia percaya dengan setiap keputusan Ummi?
Saya agak tenang dan apabila Izzar selesai dengan lafaznya saya sendiri seperti tidak percaya yang kami sudah bergelar suami dan isteri. Segalanya berjalan dengan lancar. Izzar juga memainkan peranan yang penting dalam setiap aspek persiapan untuk perkahwinan kami.
2. Bagaimana pula persiapan diri buat Ummi untuk memulakan babak baru dalam kehidupan Ummi sebagai seorang isteri dan mungkin sebagai seorang ibu pada masa akan datang?
Ummi dengan Izzar bersama-sama masih lagi mempelajari untuk menjalankan tanggunjawab kami sebagai suami dan isteri. I’m learning about him, apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Izzar juga sedang belajar perkara yang sama mengenai Ummi. Persiapan sebagai seorang isteri juga Ummi sudah mula membiasakan diri dengan tanggungjawab baru ini. Tambahan pula Izzar bukanlah seorang yang cerewet.
3. Ummi dan Izzar diperkenalkan kepada antara satu sama lain pada awal tahun 2016 dan bertunang hujung tahun yang sama. Was it love at first sight dan apa yang membuatkan Ummi jatuh cinta dengan Izzar?
It wasn’t love at first sight. It was more like peace at first sight? Ummi rasa tenang semasa berjumpa dengan Izzar dan dia juga merasakan benda yang sama.
4. Harapan Ummi terhadap diri sendiri dan juga Izzar sebagai suami isteri.
Harapan kami adalah semoga kami boleh melalui semuanya bersama sebagai suami dan isteri. Ke jannah bersama. Kerana kami tahu perkahwinan bukanlah satu perkara yang senang.