Millennial It-Girl: Arissa Yun Khadija - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Arissa Yun Khadija

 

Berasal dari Taman Tun Dr Ismail, gadis berusia 21 tahun ini bukan calang-calang penggemar fesyen! Arissa Yun Khadija binti Idris dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bersinonim glamor dan stail evergreen. Together with her sisters — Aishah dan Amina, adik-beradik ini senantiasa tampil bergaya dalam apa jua situasi, be it buat sambutan perayaan, bercuti di negara orang, mahupun outfit bersahaja bersama rakan!

 

Kenali rupawan petit ini bersama GLAM!

 

1. Apakah rutin atau rejim kecantikan anda?

Saya akan mulakan dengan mencuci muka bersama cleanser pilihan, kemudian saya akan gunakan toner dari Pixie dan akhiri dengan pelembap!

 

2. Apakah fesyen signatur  atau stail peribadi anda?

Saya amat gemarkan blaus off-shoulder. Kadang-kala, saya akan mengubah baju berkolar menjadi top off-shoulder dengan membuka beberapa butang di atas terdahulu!

 

 

3. Staple item in your wardrobe?

Semestinya baju-baju berjalur. 

 

4. Rona gincu kegemaran?

Jika saya perlu pilih satu, ia adalah Persistence dari M.A.C. Rona perang kemerah-merahannya amat sesuai digilap bersama kulit sawo matang.

See also
6 Cara Mudah Untuk Gayakan Seluar Kargo

 

 

5. Satu ikon atau idola dalam hidup anda?

Satu-satunya orang yang menjadi idola ialah ibu saya, bukan hanya kerana stail dan gaya elegan beliau, tetapi juga kekuatan beliau mengharungi kekangan dan kesusahan yang dilempar kepadanya.

 

6. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada?

Saya berkemungkinan sedang menunggu untuk ke luar negara buat tahun akhir ijazah jurusan undang-undang, jika saya tidak tergerak hati untuk mengubah fikiran.

 

 

7. Holy Grail makeup item?

Vitamin Enriched Face Base dari Bobbi Brown. Must have.

 

8. Di mana kamu lihat diri anda dalam jangka 10 tahun?

Mudah-mudahan pada masa itu, saya sudah memulakan perniagaan sendiri. Saya mempunyai impian sejak dahulu lagi untuk menjadi pengarah kreatif di label saya sendiri. I love to dream big, because if your dreams do not intimidate you, they are not big enough. 

 

 

9. Apakah erti “cinta” bagi anda?

See also
Item Kesukaan Kami Dari Koleksi Musim Luruh/Dingin 2023 Burberry

Cinta adalah satu-satunya perasaan yang membuat anda rasa selesa. Anda akan tahu anda sedang bercinta apabila anda betul-betul gembira dengan segala yang berlaku dalam kehidupan.

 

10  “Saya paling gembira tatkala…”

Ketika bersama keluarga. My family matters so much to me.