Gaya Ratu Rihanna Di Tayangan Perdana Filem Terbaharunya!
GLAM sememangnya gemar menanti-nantikan setiap satu outfit digayakan Robin Fenty a.k.a Rihanna. Sama ada street stailnya, mahupun di karpet merah — Rihanna is always winning! Tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua penata gayanya dan Rihanna sendiri mempunyai cita rasa yang cukup mempersonakan! Bagi tayangan perdana filem terbaharunya, Valerian and the City of a Thousand Planets, penyanyi Wild Thoughts ini mengenakan dress rekaan rumah fesyen Giambattista Valli.
[envira-gallery id="69102"]
Rihanna tiba di venue tayangan tersebut, yakni London dengan dress merah scarlet yang memukau kesemua hadirin — termasuklah kami di GLAM! Dress ini memberikan vibe zaman 1800an dengan rekaan skirt mambang tanpa struktur bak ilusi optik kepada tubuh badan penyanyi itu.