Balenciaga Menjual Beg Shopping Bernilai $1,100 - Glam Malaysia

Balenciaga Menjual Beg Shopping Bernilai $1,100

Sama ada ini merupakan taktik pemasaran untuk mendapatkan perhatian ramai ataupun Demna Gvasalia, pengarah kreatif Balenciaga, memang suka dikecam oleh netizen.

 

Sebelum ini Balenciaga di bawah naungan kreatif Gvasalia, telah mengeluarkan beg seakan “beg toto” yang boleh didapati di Nilai 3 ataupun mana-mana pasaraya tempatan, pada harga $1,500. Ia diikuti pula dengan beg biru ikonik Ikea Frakta yang dijual pada harga $2,145!

 

Kini mereka mengeluarkan pula beg kulit serupa dengan beg kertas yang digunakan di butik-butik mereka pada nilai $1,100 dan internet sekali lagi termakan umpan Gvasalia.

[soliloquy id=”67505″]

Beg ini juga dilaporkan sudah sold out. Buat industri fesyen, humour Gvasalia bukanlah benda yang baru. Lihat sahaja jenama eponimnya, Vetements.

 

Jadi sebenarnya wajarkah orang ramai mengecam Balenciaga?

 

Namun Balenciaga bukanlah jenama pertama yang berjaya memainkan perasaan orang ramai dengan produk mereka kerana Jil Sander pernah mengeluarkan beg kertas perang yang sering digunakan untuk menyimpan makanan pada harga $290.

See also
Nasha Aziz - Ikon Peragawati Melayu

 

Sebagai tanda amaran kepada peminat fesyen yang lain, untuk koleksi Musim Bunga/Panas Lelaki 2018 Balenciaga turut menampilkan beberapa tas tangan yang mungkin menjadi viral apabila mereka mengeluarkannya secara komersial.

 

A post shared by Balenciaga (@balenciaga) on

 

A post shared by Balenciaga (@balenciaga) on