Koleksi Jam Tangan Pintar Oleh Emporio Armani x Shawn Mendes - Glam Malaysia

Koleksi Jam Tangan Pintar Oleh Emporio Armani x Shawn Mendes

Jika kolaborasi antara selebriti dan jenama fesyen mewah sering dikaitkan dengan pakaian, aksesori dan pelbagai lagi produk fesyen, Shawn mendes dan Girgio Armani pula menghasilkan koleksi jam tangan skrin sentuh pertama.

 

Shawn mendes menghadiri acara pelancaran Emporio Armani Connected sewaktu Milan Men’s Fashion Week.

Selain itu mereka turut melancarkan model jam tangan pintar hibrid baru untuk rangkaian ‘Emporio Armani Connected.’

 

Mendes dipilih untuk kolaborasi ini, sekaligus menjadi duta untuk produk tersebut, kerana dia melambangkan nilai jenama Giorgio Armani dengan semangat dan tenaganya yang inovatif.

 

“Saya yakin bahawa tidak adanya tekonlogi tanpa minat, atau kemajuan tanpa emosi. Shawn mendes merupakan seorang ahli muzik berbakat yang menyentuh hati peminat-peminatnya. Dia berkomunikasi dengan bukan sahaja golongan muda, kerana dia ikhlas. Sebab itulah saya memilih dia untuk menjadi wajah rangkaian jam tangan pintar ini,” nyata Giorgio Armani sendiri.

 

Mendes juga menyatakan keterujaannya terhadap kolaborasi ini kerana minatnya kepada jenama ini dan pegangan mereka.

See also
GLAM Punk Rock

 

“Saya merasa bangga untuk bekerjasama dengan mereka untuk kempen yang menarik dan inovatif ini. Mereka telah memberikan saya landasan untuk meluahkan diri saya sebagai individu dan benar kepada diri saya,” ucap Mendes dalam satu kenyataan rasmi.

 

Penggayaan dinamik Emporio Armani dengan gabungan teknologi berjaya menghasilkan koleksi jam tangan skrin sentuh dan hibrid. Rangkaian jam tangan ini juga  sesuai dengan perisian iOS® dan juga Android™.

 

Antara ciri-ciri rangkai jam tangan pintar ini adalah peribadikan jam anda dengan lapan rona warna dan muka jam yang berbeza, pengecasan tanpa wayar, mendengar lagu sesuka anda, dan banyak lagi.

 

Kempen ini telah pun dilancarkan di Milan bersempena dengan Minggu Fesyen Milan semasa pertunjukan koleksi lelaki Emporio Armani.

 

Kamu boleh dapatkan rangkai jam tangan pintar ini mulai 14 September ini di Armani.com, butik-butik Armani serata dunia dan kedai-kedai terpilih.