Perkasakan Rantaian Kasih Dengan Ramadan Ini Bersama HABIB - Glam Malaysia

Perkasakan Rantaian Kasih Dengan Ramadan Ini Bersama HABIB

Untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini, HABIB telah melancarkan kempen tahunan mereka, Rantaian Kasih yang melambangkan ikatan antara sanak saudara, teman-teman, dan antara individu dalam satu masyarakat.

 

Sewaktu pelancaran kempen yang ingin memupuk semangat kesatuan antara satu sama lain ini, HABIB juga telah mengeluarkan koleksi terbaru mereka bersempena dengan kempen ini.

 

Koleksi Arebesque yang menjadi bintang utama pada hari tersebut adalah hasil rekaan pereka HABIB sendiri dan menggunakan konsep bentuk dan garis-garis geometri yang sering digunakan dalam rekaan hiasan Arab dan Moor.

 

Pereka juga memberikan lebih tekanan kepada elemen ringkas, praktikal dan versatil supaya lebih mudah untuk digayakan dan cocok dengan kempen Rantaian Kasih mereka.

 

Anda boleh mendapatkan rekaan-rekaan terbaru HABIB untuk bulan Ramadhan ini di 32 bilik pameran HABIB bermula 26 Mei sehingga 26 Jun 2017.

 

Koleksi Arabesque

[envira-gallery id=”65917″]