Senarai Penghibur Wanita Paling Kaya Oleh Forbes - Glam Malaysia

Senarai Penghibur Wanita Paling Kaya Oleh Forbes

Forbes telah mengeluarkan senarai wanita paling kaya tahunan mereka dan senarai ini terdiri daripada sembilan orang wanita yang telah berjaya mengaut keuntungan dengan usaha keras mereka sendiri. Secara keseluruhannya semua wanita ini mengambil kira sebanyak 15% daripada senarai Top 60 Forbes dan jumlah harta mereka adalah $6 bilion.

 

Untuk mengambil kira nilai harta wanita-wanita ini, Forbes mengambil kira aset setiap individu termasuk nilai mereka dalam syarikat awam dan swasta, hartanah, koleksi seni, dan beberapa aset lain yang memainkan peranan.

 

Kelayakan untuk memasuki senarai ini adalah wanita-wanita ini harus meraih keuntungan besar oleh diri mereka sendiri dan menjadi rakyat U.S. atau penduduk tetap U.S..

 

Ketahui siapa wanita-wanita yang berjaya dalam industri hiburan Hollywood ini.

1 of 9

Oprah Winfrey

Foto: Yoram Kahana/Shooting Star

Oprah Winfrey menduduki tempat pertama dalam senarai ini dengan jumlah nilai harta sebanyak $3.1 bilion. Walaupun sudah bersara sebagai pengacara, Oprah masih lagi aktif dalam bidang lakonan. Rangkaian OWN yang dimiliki oleh Oprah juga memainkan peranan yang penting dalam keuntungannya. Namun, majoriti nilai hartanya masih lagi datang daripada waktu dia mengacara rancangannya sendiri.

See also
Ariana Grande Berjanji Untuk Kembali Ke Manchester