Angkara Boikot Daripada Industri Fesyen, Trump Model Management Bakal Ditutup - Glam Malaysia

Angkara Boikot Daripada Industri Fesyen, Trump Model Management Bakal Ditutup

Presiden Trump selain terkenal sebagai seorang billionaire juga turut dikenali untuk “minat”nya terhadap model dan melalui minatnya itu dia juga telah menubuhkan Trump Model Management pada tahun 1999.

 

Pengurusan yang ditubuhkan sejurus selepas Trump mengambil alih pertandingan Miss Universe telah dilaporkan akan ditutup. Maklumat yang diterima oleh Mother Jones melalui e-mel yang bocor dihantar oleh orang-orang dari agensi tersebut memberitahu klien mereka perihal penutupan mereka.

 

Jurucakap pihak Trump pula mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan hal ini kepada New York Post dengan alasan ahli konglomerat itu memilih untuk meninggalkan industri peragawan.

 

“Ikutan penjualan Organisasi Miss Universe baru-baru ini, Trump Organisation memilih untuk menarik diri daripada industri peragawan.”

 

Walaupun tidak mendapat nama dalam kalangan agensi-agensi ternama yang lain, Trump Model Management pernah mewakili beberapa peserta Miss Universe dan juga Paris Hilton ketika dia berusia 19 tahun.

 

Antara model-model lain yang pernah bernaung di bawah agensi Trump ini adalah Carmen Dell’Orefice, Beverly Johnson, Pat Cleveland, Ali McGraw dan juga Carol Alt.

See also
Jesrina Arshad, Young and Ambitious

 

Beberapa minggu ini juga dapat dilihat model-model dan pekerja agensi tersebut meninggalkan agensi tersebut disebalik ura-ura penutupan pengurusan tersebut. September yang lalu, industri fesyen berpakat untuk tidak mengambil mana-mana model daripada agensi Trump.

 

Antara model pertama yang meninggalkan agensi tersebut adalah Maggie Rizer dan alasannya adalah:

“Sebagai seorang wanita, seorang ibu, seorang rakyat Amerika dan seorang manusia, saya tidak boleh bangun pada pagi Rabu dan mempunyai sebarang kaitan dengan jenama Trump; menang atau kalah. Ia adalah untuk saya dan anak-anak saya untuk mempertahankan kepercayaan saya dengan bangga dan itu adalah dunia di mana Donald Trump tidak mempunyai suara untuk masa depan negara kita.”