Pereka Fesyen Dior dan Supreme Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Baru Jil Sander - Glam Malaysia

Pereka Fesyen Dior dan Supreme Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Baru Jil Sander

Hampir sebulan selepas Rodolfo Paglialunga membuat keputusan untuk meninggalkan Jil Sander selaku pengarah kreatif rumah fesyen tersebut, mereka akhirnya sudah menemui pengganti Paglialunga.

 

Bukan satu, tetapi dua pengarah kreatif baru: Luke dan Lucie Meier.

 

Pasangan suami isteri ini merupakan keputusan yang pijak untuk Jil Sander kerana Luke merupakan bekas ketua pereka di Supreme dan pengasas-bersama sebuah jenama fesyen jalanan OAMC.

 

Manakala Lucie pula pernah mengetuai Dior bersama Serge Ruffieux selepas pemergian Raf Simons. Dia juga memulakan kerjayanya bersama Marc Jacobs di Louis Vuitton sebelum membawa diri ke Balenciaga bersama Nicolas Ghesquière.

 

Sejurus selepas pengumuman itu, Lucie memberitahu WWD bahawa ibunya sangat meminat Jil Sander dan dari situlah mulanya minat Lucie kepada dunia fesyen.

 

“Kami berasa sangat bangga kerana dapat menyertai jenama yang anggun ini. Untuk bekerjasama begini membuatkan peluang ini menjadi lebih istimewa. Kami ingin menunjukkan kasih sayang yang kami ada untuk jenama ini melalui hasil kerja kami, kerana Jil Sander mempunyai pengaruh yang besar terhadap jalan hidup kami.”

See also
Melawat Kembali Antara Tema Met Gala Popular Pilihan GLAM

 

Ini merupakan peluang pertama pasangan pereka ini akan bekerjasama secara kreatif untuk satu jenama.

 

Mereka bakal mempersembahkan pre-koleksi mereka pada bulan Jun ini dan pasangan Meier ini juga akan menggabungkan pertunjukan koleksi lelaki dan juga wanita.