Victoria Beckham Menerangkan maksud Disebalik T-shirt 'Fashion stole my smile' - Glam Malaysia

Victoria Beckham Menerangkan maksud Disebalik T-shirt ‘Fashion stole my smile’

Imej dingin Victoria Beckham telah lama disedari oleh peminat-peminat sejak zamannya bersama Spice Girls dan gelarannya sebagai Posh Spice juga secara tidak langsung membantu Beckham menguatkan lagi imej ini.

 

Namun, jangan disalah sangka bahawa wanita ini tidak tahu berjenaka langsung disebalik rupanya yang senantiasa serius itu.

 

Foto: WENN.com

Baru-baru ini Beckham, yang lazim dikenali dengan gayanya yang menjadi inspirasi ramai, membuat kemunculan di lapangan terbang Los Angeles dengan memakai sepasang t-shirt dengan frasa “Fashion stole my smile.”

 

Beckham membuat penampilan sebagai tetamu jemputan untuk rancangan The Late Show bersama James Cordon dan menerangkan maksud disebalik t-shirt tersebut.

 

 

T-shirt yang direka oleh Beckham sendiri itu sebenarnya hanyalah bahan jenaka untuk dirinya.

 

“Ini seperti saya membuat lawak terhadap diri saya sendiri,” mula Beckham. “Soalan yang saya sering dapat adalah ‘Kenapa anda tidak senyum?’ Orang ramai fikir bahawa saya ini sangat sengsara. Jadi ini adalah saya berseronok, mentertawakan diri saya sendiri.”

See also
Gaya Celana Di Karpet Merah Governors Award

 

Sepanjang rancangan tersebut anda boleh melihat personaliti sebenar Victoria yang lebih ceria dan bukan sebagai ‘ice queen.’ Dia turut berjanji untuk menghadiahkan Corden sepasang t-shirt itu.

 

T-shit ‘Fashion stole my smile’ tersebut boleh didapatkan victoriabeckham.com pada harga £95.