Projek #TheWomenBehindTheLens Oleh Maria Grazia Chiuri - Glam Malaysia

Projek #TheWomenBehindTheLens Oleh Maria Grazia Chiuri

Pengarah kreatif wanita pertama Dior Maria Grazia Chiuri telah menjemput 9 orang jurufoto wanita untuk projek terbarunya #TheWomenBehindTheLens.

 

Melalui projek ini Chiuri ingin menampilkan visi fotografi jurufoto-jurufoto wanita ini melalui sudut pandangan seorang wanita dalam industri fotografi yang lazim dengan kaum lelaki.

 
[envira-gallery id=”63870″]

Antara jurufoto yang dijemput oleh Chiuri untuk projek ini adalah Brigitte Lacombe, jurufoto yang bertanggunjawab untuk kempen S/S 17 (kempen pertama Chiuri untuk Dior) yang menerapkan unsur feminisme.

 

“Maria Grazia Chiuri adalah seorang yang kuat dan telus, terbuka dan murah hati. Dia mempunya idea yang jelas mengenai cara wanita patut digambarkan dan dilihat, yang juga merupakan idea yang saya setuju dan faham,” terang Lacombe.

 
[envira-gallery id=”63871″]

Jurufoto Perancis Maripol pula menyelami dunia sebalik tabir koleksi Dior dengan kamera polaroid pilihannya.

 

“Terdapat hubungan yang lebih intim antara seorang wanita dengan wanita yang lain kerana tidak ada sebarang seksualiti antara kami,” nyata Maripol dalam satu temu bual.

See also
Zahirah Macwilson Kini Milik Aiman Hakim Ridza

 

Brigitte Niedermair pula menghasilkan beberapa siri diptych yang menampilkan perincian, warna, lekuk dan bahan yang digunakan untuk ceraian utama dalam koleksi tersebut untuk mewujudkan satu dialog dan juga elemen daripada warisan rumah fesyen itu.

 


 

Janette Beckman mengikuti proses penghasilan koleksi S/S 17 itu mengikuti setiap langkah yang bermula daripada produksi Maria Grazia Chiuri di dalam atelier Dior sehinggalah ke saat akhir sebelum koleksi itu dipertunjukkan.