Givenchy Welcomes Pengarah Artistik Wanita Pertama Mereka: ClareWaight Keller - Glam Malaysia

Givenchy Welcomes Pengarah Artistik Wanita Pertama Mereka: ClareWaight Keller

2017. CLARE WAIGHT KELLER. NEW ARTISTIC DIRECTOR. SHOT BY STEVEN MEISEL.

A post shared by GIVENCHY (@givenchyofficial) on

 

Seakan memulakan era baru buat Givenchy dan juga ulangtahun yang ke-65 rumah fesyen ini, mereka telah mengumumkan pereka fesyen British Clare Waight Keller sebagai pengarah artistik terbaru mereka.

 

Waight Keller merupakan couturier yang ke-6 buat Givenchy dan juga wanita pertama yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai Givenchy secara artistik.

 

Koleksi pertama Waight Keller untuk rumah ikonik ini akan ditampilkan semasa Minggu Fesyen Paris pada Oktober ini dan dia juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia semua rangkaian produk di bawah Givenchy termasuk koleksi lelaki.

 

CEO Givenchy Philippe Fortunato telah menyatakan kepada WWD yang dia percaya bahawa Waight Keller “mempunyai kebolehan untuk melanggar peraturan dan memberikan inovasi tanpa menyebabkan revolusi.”

 

“Pendekatan beliau dengan memberi fokus yang sepenuhnya akan membantu membina momentum yang kami ada — dan membawanya ke tahap yang seterusnya,” sambung Fortunanto lagi.

See also
Kediaman - Eksperimen Gaya

 

Apabila ditanya mengenai perubahan dari segi estetik Givenchy dengan kehadiran Waight Keller pula Fortunato membalas dengan “Anda harus tunggu dan lihat. Pembangunan Givenchy akan menyaksikan satu evolusi.”

 

Latar belakang Waight Keller melalui Gucci, Ralph Lauren, Calvin Klein, Pringle of Scotland dan juga Chloé membuatkan mereka di Givenchy lebih yakin dengan pilihan mereka.

 

The journey begins

A post shared by Clare Waight Keller (@clarewaightkeller) on