Natacha Ramsay-Levi Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Chloé Yang Baru - Glam Malaysia

Natacha Ramsay-Levi Dilantik Sebagai Pengarah Kreatif Chloé Yang Baru

Selepas bekas pengarah kreatif Chloé Clare Waight Keller membuat pengumuman untuk meninggalkan jenama Perancis tersebut pada Januari yang lalu, nampaknya mereka telah melantik Natacha Ramsay-Levi sebagai pengganti Clare berkuatkuasa 3 April ini.

 

Foto: Olivier Zham

Natacha yang sudah bekerja sebagai pengarah kreatif RTW wanita di Louis Vuitton sejak 2013 hanya akan menampilkan koleksi terbarunya untuk Chloé pada september ini di Minggu Fesyen Paris untuk koleksi S/S ‘18.

 

 

Pihak Chloé juga menyatakan bahawa Natacha mempunyai ciri-ciri yang diterapkan dalam Rumah Chloé yang diasakan oleh Gaby Aghion pada tahun 1952 yang ingin menghasilkan pakaian yang membolehkan wanita untuk menunjukkan identiti mereka.

 

“Saya berasa sangan bangga untuk menyertai sebuah rumah yang diasaskan oleh seorang wanita untuk menggayakan wanita-wanita lain. Saya ingin menghasilkan fesyen yang menonjolkan personality wanita yang memakainya, fesyen yang menghasilkan watak dan sikap tanpa mengenakan ‘gaya’ tertentu,” nyata Natacha.

 

Natacha memulakan kerjayanya dalam industri fesyen bersama Balenciaga pada tahun 2002 dan terus melonjak naik sebagai orang kanan Ghesquière.

See also
Poova - Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik