Emma Watson Mempertahankan Dirinya Ikutan Kecaman Peminat Beyoncé - Glam Malaysia

Emma Watson Mempertahankan Dirinya Ikutan Kecaman Peminat Beyoncé

Emma Watson membidas kembali peminat Beyoncé, Beyhive, yang mengecamnya sebagai seorang hipokrit kerana kenyataan yang dibuat oleh pelakon tersebut pada tahun 2014 mengenai Beyoncé.

 

Foto: WENN.com

Beyhive mula mengecam Watson selepas dia mempertahankan pendiriannya mengenai feminisme selepas foto editorialnya bersama Vanity Fair yang menampilkan foto beliau tidak memakai baju dalam dan memperlihatkan sebahagian daripada payudaranya.

 

Feminisme bukanlah sebatang kayu yang digunakan untuk memukul wanita lain. Saya benar-benar tidak faham apa kaitan payudara saya dalam perkara ini,” terang Watson dalam satu temubual bersama Reuters.

 

Foto: WENN.com

Sejurus selepas itu Beyhive mengecam Watson kerana apa yang diperkatakannya mengenai Beyoncé sebelum ini.

 

Watson yang sentiasa lantang bersuara mempertahankan hak-hak wanita tidak berdiam diri lalu membawa hal ini ke akaun Twitternya.

 

Foto: WENN.com

Dia telah berkongsi sekeping gambar daripada rencana temubualnya bersama Tavi Gevinson untuk Wonderland Magazine.

 


 

See also
Emma Stone Berkongsi Kisah Pertarungannya Bersama Anxiety

Dalam gambar tersebut Watson menekankan kenyataan penuhnya mengenai album visual Beyoncé pada tahun 2014 dan jawapan penuhnya tidak sama sekali mencaci pendirian feminisme penyanyi tersebut.

 

Pelakon Beauty and the Beast itu turut menyatakan dalam temubual tersebut bahawa Beyoncé telah “membuat seksualitinya berkuasa kerana itu pilihan dia” dan Watson juga memuji Beyoncé “kerana melakukannya untuk diri dia sendiri dan dia juga berupaya untuk mengawal segalanya.”