Space Glamor Bersama Chanel Di Grand Palais
Perkataan ‘basic’ seperti tidak wujud dalam kamus hidup Karl Lagerfeld.
Tatkala para jemputan melangkah masuk ke Grand Palais sebagai pentas peragaan Chanel untuk Koleksi A/W ‘17 mereka, sebuah roket besar berukuran 37 meter berdiri megah ditengah-tengah pentas peragaan tersebut. Suasana sekeliling pula ibarat berada di stesen angkasa NASA, but for fashion.
[envira-gallery id=”63222″]
Antara selebrit yang membuat penampilan semasa pertunjukan ini adalah muse-muse Chanel seperti Vanessa Paradis, Pharrell Williams, Lily-Rose Depp, Cara Delevingne, Caroline de Maigret, Alice Dellal, Bai Bai He, William Chan and Nana Komatsu, Amandla Stenberg, Clotilde Hesme, dan Céline Sallette.
[envira-gallery id=”63218″]
Model-model berjalan mengelilingi No. 5 dengan but berkilau ibarat buruj di angkasa dan juga headbands bertatahkan kristal dan mutiara palsu.
[envira-gallery id=”63219″]
Dengan tema angkasa dan juga futuristic, Lagerfeld tidak lupa dengan gaya ikonik seorang gadis Chanel: jaket tweed yang kini diberikan nafas baru ibarat trompe-l’œil dan bahu yang lebih bidang membuatkan model-model itu kelihatan seperti angkasawan.
[envira-gallery id=”63220″]
Koleksi A/W Chanel kali ini juga turut menampilkan seluar pendek bermuda yang lebih sinonim dengan musim panas tetapi Chanel made it work. Bahagian kolar untuk beberapa ceraian dalam koleksi ini juga mendapat rupa baru yang nampaknya diinspirasikan daripada sut angkasawan.
[envira-gallery id=”63221″]
Untuk evening wear pula, Lagerfeld menggunakan corak-corak yang berunsurkan angkasa dengan benang iridescent dan sulaman berkilau.
[envira-gallery id=”63223″]
Chanel juga turut menampilkan tas Boy Chanel dan juga versi baru koleksi tas tangan terbaru mereka: Gabrielle.
[envira-gallery id=”63224″]