Blue Ivy Memakai Dress $26,000 Oleh Gucci - Glam Malaysia

Blue Ivy Memakai Dress $26,000 Oleh Gucci

What’s it like to be Blue Ivy?

 

Foto: beyonce.com

Well anda berupaya untuk  memakai dress Gucci yang berharga $26,000 (RM115,648).

 

Ini bukanlah kali pertama gadis cilik ini didapati memakai pakaian yang hanya boleh diimpikan oleh rakyat marhaen seperti kita, Blue Ivy sebelum ini menghadiri sebuah perlawanan bola keranjang dengan dress Gucci yang berharga $1,800.

 

Beyoncé, Jay-Z, dan Blue Ivy telah menghadiri tayangan perdana live-action Beauty and the Beast dan walaupun mereka tidak menghadiri acara karpet merah tayangan tersebut, terima kasih kepada beyonce.com, kami kini tahu apa yang mereka pakai pada malam itu.

 

Foto: beyonce.com

Mereka sekeluarga telah mengenakan Gucci untuk persalinan pada malam tayangan perdana itu.

 

Jay-Z memakai sepasang jaket denim bersulam Gucci dan Beyoncé pula tampak anggun dalam gaun chiffon hijau zamrud dengan Empire-waist.

 

Namun highlight pada malam tersebut adalah pada Blue Ivy dengan dress Gucci daripada koleksi A/W ‘16 mereka yang telah diubah suai untuk Blue Ivy dan dipadankan dengan kasut yang kasual daripada Converse Chuck Taylor.

See also
Artisan Kulit Paris di New York