Pereka Harus Melalui Ujian Untuk Menggayakan Emma Watson - Glam Malaysia

Pereka Harus Melalui Ujian Untuk Menggayakan Emma Watson

Bagi pereka yang inginkan Emma Watson untuk menggayakan rekaan mereka, pereka-pereka ini harus lulus “ujian” yang ditetapkan oleh Watson sendiri.

 

Emma Watson yang baru-baru ini menghasilkan satu lagi akaun Instagram baru (The Press Tour) untuk mendokumentarikan dan pada masa yang sama mendidik mereka mengenai kebaikan sustainable fashion dalam menyelamatkan bumi melalui fesyen mesra alam yang dipakai oleh Watson sendiri.

 

Baru-baru ini Watson mendedahkan beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pereka yang ingin menggayakannya.

 

Bagi mereka yang ingin menggayakan Watson sepanjang jelajah media untuk filem terbarunya Beauty and the Beast mereka perlu lulus ujian kemampanan yang harus dihantar dalam bentuk pembentangan PowerPoint.

See also
4 Peraturan Sarapan Mudah Turunkan Berat Badan

 

Ini termasuklah soalan seperti bagaimana pakaian mereka dihasilkan, apakah impak pakaian mereka kepad alam sekitar, dan alasan moral kenapa Watson harus memakai pakaian mereka di atas karpet merah.

 

Setakat ini, Emma Watson dan pereka-pereka yang telah menggayakan pelakon British ini berjaya membuktikan bahawa fesyen juga boleh menyelamatkan alam sekitar.