Minggu Fesyen Milan: REAL FASHION FOR REAL WOMEN - Glam Malaysia

Minggu Fesyen Milan: REAL FASHION FOR REAL WOMEN

Teks: Aizat Aidid

 

Really famous people on @dolcegabbana stage! Fun show! #mfw

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Seperti berada di konsert! Acara fesyen Dolce & Gabbana adalah satu parti fesyen yang menghimpunkan personaliti terkenal di pentasnya. Klien dan sahabat baik kepada pereka duo ini dijemput untuk menjadi model buat acara himpunan musim luruh 2017 mereka. Austin Mahone membuka acara dengan lunakan suara ya membuatkan semua memberi tepukan gemuruh. Satu persatu personaliti keluar menyarungkan helain yang direka khas buat mereka. Diantara ramai-ramai itu ada dua orang gadis berasal daripada Malaysia iaitu Rachel Yeoh dan Michelle Yeoh beraksi buat Dolce & Gabbana. Mereka berkongsi pentas bersama Sofie Richie, Isabel Getty, Amanda Harvey dan Helena Bordon.

 

Shoes game at @ferragamo #mfw

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Petang pula acara di Salvatore Ferragamo seakan tenggelam dalam pentas yang serba krim itu. Ini adalah koleksi kedua Fulvio Rigona buat Salvatore Ferragamo dan masih lagi seperti tidak mempunyai roh yang mampu meletakkannya sebagai ketua yang baik. Hany memberikan ceraian yang ringkas dan straightforward membuatkan penonton cepat bosan. Rekaan yang hampir sama cuma dalam olahan fabrik yang berlaian. Mungkin selepas koleks ini mampu membuka mata buat Rigona untuk membersihkan ideanya agar lebih bermutu. Koleksi kasut Salvatore Ferragamo direka oleh Paul Andrew.

See also
Kemaruk Front Row!

 

Finale look from Giorgio Armani. #mfw

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

Hari terakhir adalah buat Giorgio Armani untuk membukitkan semula yang dia punya jenama pada kelas yang tersendiri. Ini adalah tiket terbaik untuk Armani mendapatkan semula keghairahan orang fesyen selepas mempersembahkan himpunan Emporio Armani yang sedikit membosankan. Buat koleksi Giorgio Armani, fokus beh dilihat pada pemilihan rekaan seluar yang pelbagai ragam. Ada seluar yang dijahit dengan seni berlisu pada bahagian depan lantas memberi ilusi seperti menyarungkan skirt. Rona batu permata pula menjadi pilihan Armani agar membiaskan rasa kemewaham sebenar wanita Itali.