Fenty Beauty Oleh Rihanna Bakal Menjadi Kenyataan — Update! - Glam Malaysia

Fenty Beauty Oleh Rihanna Bakal Menjadi Kenyataan — Update!

Foto: Pascal Le Segretain/Getty Images

Setelah sekian lama menantikan Rihanna untuk mengeluarkan koleksi kosmetiknya sendiri, akhirnya penantian tersebut bakal berakhir dengan pelancaran Fenty Beauty tidak lama lagi.

 

Maklumat ini disahkan dengan wujudnya akaun Instagram rasmi @fentybeautycosmetics di mana terdapat maklumat-maklumat terperinci mengenai di mana, bila dan apa yang akan di lancarkan oleh Rihanna.

 

Produk pertama yang akan dilancarkan oleh Rihanna adalah koleksi gincu holografik yang turut digunakan untuk pertunjukan koleksi Fenty x Puma Musim Bunga 2017 pada September lalu.

 

Instagram tersebut turut mengumumkan bahawa produk ini boleh didapatkan di Sephora mulai musim luruh tahun ini dan di negara mana produk ini juga boleh didapati.

 

Selain pengumuman yang menggembirakan ini, Rihanna dan Fenty Beauty sedang mencari jurusolek untuk jenama ini di tiga bandar besar di Amerika dan juga “International Fenty Beauty Artistry Team”.

 

Update 220217:

 

Nampak gayanya akaun Instagram @fentybeautycosmetics dilaporkan tidak wujud lagi ikutan laporan mengatakan Rihanna bakal melancarkan produk kecantikannya pada tahun ini.

See also
Sesi Pengalaman Wangian GLAM Beauty Club X Gucci Flora

 

Agensi PR rasmi jenama Rihanna, Bold PR mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat yang dikeluarkan setakat ini hanyalah khabar angin.

 

Satu-satunya maklumat yang sahih adalah jurusolek James Vincent akan mengetuai pencarian Global Makeup Artist untuk Fenty Beauty.

 

Update 200617:

Citrine One telah mengumumkan bahawa mereka adalah agensi rasmi buat Fenty Beauty di Malaysia! Jenama mekap yang dinanti-nantikan ramai, dari peminat tegar Navy hingga si gadis yang gemarkan trend, bakal dilancarkan pada musim luruh tahun ini — hanya terdapat ekslusif di Sephora sahaja!