Paris Jackson Meluahkan Perasaannya Selepas Kematian Bapanya Michael Jackson - Glam Malaysia

Paris Jackson Meluahkan Perasaannya Selepas Kematian Bapanya Michael Jackson

Paris Jackson sememangnya persis bapanya Michael Jackson.

 

Foto: Instagram/@parisjackson

“Secara asasnya, sebagai seorang individu, dia adalah siapa ayah saya dahulu. Perbezaan antara mereka hanyalah umur dan jantina. Paris memang persis Michael termasuklah kekuatan dan kelemahannya. Dia sangat beremosi sehingga emosinya boleh mengaburkan cara dia membuat keputusan,” terang abang Paris, Prince Michael Jackson.

 

Foto: Instagram/@parisjackson

Dalam temubual antara Rolling Stone dan Paris, apabila ditanya bagaimana dia menghadapi kematian Michael ketika dia hanya berusia 11 tahun dan Paris menerangkan yang kata-kata “Time heals” yang sering diperkatakan oleh orang ramai baginya adalah tidak benar.

 

Paris meneruskan hidup dengan mentaliti bahawa dia telah pun kehilangan satu-satunya insan yang penting baginya jadi walau apapun yang bakal menimpanya, tidak mungkin seteruk kehilangan ayahnya.

 

Pada June 2013, diselubungi oleh kemurungan dan ketagihan terhadap dadah, Paris pernah membuat cubaan untuk mengambil nyawanya sendiri dengan mengelar pergelangan tangannya dan menelan 20 biji pil Motrin.

See also
Gaya Nuansa Nautika Lacoste

 

Foto: Panoramic via ZUMA Press

“[Kenapa dia berbuat demikian] Bukan hanya kerana saya benci diri saya sendiri, tetapi juga saya tidak mempunya nilai harga diri yang tinggi dengan berfikiran bahawa saya tidak boleh melakukan apa-apa dengan betul dan saya tidak berhak untuk hidup lagi,” terang Paris mengenai masa gelapnya.

Paris menghadiri sekolah biasa ketika dia berumur 14 tahun setelah berthaun mendapatkan pendidikan di rumah sahaja dan di sekolah juga dia merasakan dirinya tidak sesuai dengan suasana di sana. Dia mula melaungkan masa dengan individu-individu yang lebih berusia darinya.

 

“Saya melakukan perkara-perkara yang remaja tidak patut lakukan. Saya cuba untuk menjadi dewasa dengan pantas, dan saya bukanlah orang yang baik pada waktu itu.”

 

Selain itu, Paris turut berdepan dengan masalah pembulian siber dan masih lagi bertarung dengan kata-kata negatif di atas talian.

 

Foto: WENN.com

Paris yang sekarang baru memulakan kerjayanya sebagai seorang model dan pelakon lebih suka menjadi model kerana dia pernah bertarung dengan keyakinan diri yang sangat rendah sebelum ini. Sebagai model, Paris berupaya untuk melupakan apa yang orang ramai pernah perkatakan mengenai rupa parasnya dan memberi fokus kepada arahan jurufoto sahaja.

See also
KLFWRTW 2016 DAY 3: Liga Pereka Wanita Tunjuk Taring

 

Berkenaan spekulasi orang ramai mengenai kesahihan Paris dan Prince sebagai anak kandung Michael sedikit pun tidak menggoyahkan gadis muda ini.

“Dia akan sentiasa menjadi bapa saya, Dia tidak pernah bukan bapa saya, dan dia tidak akan tidak menjadi bapa saya. Mereka yang mengenali bapa saya berkata bahawa mereka nampak bapa saya dalam diri saya.”

 

Mengenai kematian bapanya pula Paris yakin bahawa kematiannya ada kaitan dengan pihak ketiga. Paris menerangkan bahawa Michael pernah memberi indikasi ada pihak yang cuba untuk mencederakannya. Membuatkan Paris percaya kematian bapanya bukan akibat serangan sakit jantung yang biasa.