Kesenian dan Visi Karl Lagerfeld Menyerlah Dalam Koleksi Adi Busana Chanel - Glam Malaysia

Kesenian dan Visi Karl Lagerfeld Menyerlah Dalam Koleksi Adi Busana Chanel

“Saya mahukan sesuatu yang sempurna, bersih. Saya mahukan gadis-gadis ini ibarat lukisan fesyen bergerak,” kata pengarah kreatif Chanel Karl Lagerfeld. Mengenai visinya untuk koleksi Adi Busana Musim Bunga 2017 Chanel.

 
[envira-gallery id=”61117″]

Dengan cermin-cermin berkilauan mengelilingi pentas peragaan, koleksi adi busana Chanel kali ini diinspirasikan oleh tangga bercermin Coco Chanel yang terdapat dalam ateliernya di 31 Rue Cambon. Turut menghiasi pentas peragaan tersebut adalah pasu-pasu dengan gubahan calla lily untuk sentuhan feminin.

 
[envira-gallery id=”61118″]

Karl memulakan pertunjukan adi busananya dengan gaya signaturenya iaitu skirtsuit yang terdiri daripada pelbagai rona warna kelihatan anggun tetapi pada masa yang sama mempunyai konsep adi busana. Karl juga turut menggunakan tali pinggang untuk menyerlahkan lagi bentuk kain di bahagian pinggul yang kembang untuk kebanyakan gaya yang terdapat dalam koleksi ini.

 
[envira-gallery id=”61119″]

Diikuti dengan gaun-gaun evening yang monotone dan feminin. Busana-busana semasa penghujung pertunjukan ini kebanyakannya menggunakan gabungan bulu pelepah dan fabrik berkilau untuk menampakkan efek dramatik dan elemen adi busana.

See also
20 Gaya Karpet Merah Paling Ikonik Dalam Sejarah Grammy

 
[envira-gallery id=”61120″]

Sebagai muse baru untuk Karl, Lily-Rose Depp dipilih sebaga The Chanel Bride dan sekaligus menutup pertunjukan fesyen tersebut dengan dress merah jambu berambu yang cocok dengan imej Lily-Rose.

 

Koleksi Adi Busana Musim Bunga 2017 Chanel
Foto: Yannis Vlamos / Indigital.tv