Ralph Lauren Mula Diboikot Selepas Menggayakan Melania Trump
Foto: Pat Benic/Pool
Sejurus selepas desa-desus mengatakan Ralph Lauren merupakan pereka fesyen yang akan menggayakan First Lady Melania Trump dibuktikan semasa Hari Perasmian pada Jumaat lalu, netizen dan peminat jenama tersebut mula menyuarakan pendapat dan kekecewaan mereka terhadap Ralph Lauren.
Ralph Lauren yang memang sudah lazim dalam menggayakan bekas First Lady yang sebelum ini seperti Hilary Clinton, Nancy Reagan, Betty Ford dan Michelle Obama tidak pernah menyatakan di mana pendiriannya di dalam dunia politik.
Foto: Anthony Behar
Ralph Lauren telah menggayakan Melania Trump dengan sepasang dress biru muda ditempah khas yang dilengkapi dengan jaket, sarung tangan dan kasut tumit tinggi berona sama.
Ralph Lauren just hurt a lot of women today and we won't forget. It's not OK to support oppression. #boycottralphlauren#imwithtomford
Semenjak itu satu hashtag telah digunakan sebagai tanda protes terhadap jenama tersebut kerana bekerjasama dengan Trump. Keputusan Ralph Lauren yang sedemikian membuatkan orang ramai merasakan bahawa jenama tersebut tidak mengambil peduli terhadap serangan seksual terhadap wanita yang merujuk kepada beberapa dakwaan terhadap Presiden baru Amerika itu.
Oleh kerana itu, satu sumber telah memberitahu Glamour bahawa:
“Kami terus menerima aduan mengenai Melania Trump memakai [jenama tersebut]. Dan orang ramai mula menggunakan hashtag #boycottralphlauren.”
Ralph Lauren juga turut menggayakan Hilary Clinton dengan rekaannya pada hari tersebut untuk menunjukkan jenama tersebut tidak memilih mana-mana pihak tetapi nampaknya apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan Trump is a big no no.