Layangan Sensual Nan Mewah Bersama Essence by Triumph - Glam Malaysia

Layangan Sensual Nan Mewah Bersama Essence by Triumph

Glamor bersulamkan sensual daripada Essence by Triumph menggoda orang ramai di kota Singapura. Pakaian dalam mewah menanti anda!

Manifestasi helaian dalam Essence by Triumph buat kedua kalinya mementaskan pertunjukkan fesyen di kota Singa yang mengambil lokasi di Singapore Land Tower, Empire Sky Skyline. Saya diterbangkan ke aras 45 untuk menyaksikan Grand Prix Formula One dan sambil itu mata dihidangkan dengan panorama kota Singa waktu malam. Singapura bersorak gembira  meraikan kemenangan Nico Rosberg, juara perlumbaan pada malam itu.

Kemuncak majlis apabila hadirin dihamparkan dengan bidadari yang menyarungkan helaian dalam koleksi musim luruh/sejuk 2016. Hadir dalam enam warna dengan seleksi konsep dan material yang berbeza. Setiap rekaan mempunyai identiti sendiri buat pemakai sekaligus mencipta personaliti feminin.

Essence by Triumph menjanjikan satu rekaan yang menggabungkan antara potongan seductive couture bersama fabrik mewah yang ditatah dengan perincian batu kristal Swarovski. Setiap wanita yang memakai rangkaian pakaian dalam ini tentunya diulit perasaan seksi dan berasa istimewa sepanjang hari. Essence by Triumph hanyalah untuk wanita yang mendambakan rasa glamor dan dimanjakan dengan fabrik berkualiti premium sahaja.

See also
Remaja Paling Berpengaruh di Dunia

 

Enchanting Boho Mencedok konsep dari Amerika Selatan. Personaliti pasti bertukar kepada sisi lembut wanita dengan mengenakan pakaian dalam ini. Suntikan gaya Bohemian memberi anda kuasa berfantasi untuk menggoda dengan perincian renda crochet dan sulaman indah kala matahari mula terbenam di lautan Carribean.

 

Patch & Craft Satu ciptaan yang mendukung hasil seni estetika Essence by Triumph yang nyata menzahirkan kreativitinya dalam setiap rekaan. Kaya dengan sulaman sejak turun temurun menjadikan rekaan lebih berahi. Helaian dalam ini diperhalusi dengan jahitan tangan yang meletakkannya  di dalam kelas yang tersendiri.

 

Black Dahlia Rekaan kali ini memercikkan aura si diva yang begitu yakin pada diri. Gaya sensual terserlah apabila diperindahkan dengan elemen bunga dahlia. Ia melambangkan kecantikan dan kemewahan dengan penelitian stretch lace yang bergemerlapan diadun pula dengan fabrik satin. Satu penghasilan yang begitu halus pembuatannya. Bentuk badan lebih terserlah pada bahagian pinggang yang memberi aura sofistikated glam pada si pemakai.

 

See also
Tip Makan Angin Di Bangkok

Delicate Rustic Layangan fabrik sutera yang jarang dan diperindahkan lagi dengan sulaman bercorak floral. Rona rustik meninggalkan kesan sensual pada si pemakai.

 

Bouquet D’Amour Kisah percintaan agung Raja Louis XVI bersama Marie Antoinette diselitkan ke dalam rekaan yang begitu menggoda ini. Berimaginasi di Versailles dengan panorama bunga mawar diilhamkan dalam pembuatan pakaian dalam ini yang menekankan sulaman panca warna. Tentunya rasa cinta terus mekar kala menyarungkan Bouquet D’Amour.

 

[envira-gallery id=”60779″]