Kylie Jenner Berjaya Mengumpul $500,000 Untuk Smile Train - Glam Malaysia

Kylie Jenner Berjaya Mengumpul $500,000 Untuk Smile Train

Foto: Instagram/kyliejenner

Dalam diam, mogul dan jutawan muda Kylie Jenner telah bekerjasama dengan badan kebajikan Smile Train sebuah badan kebajikan yang membantu kanak-kanak mempunyai masalah sumbing bibir dan lelangit.

 

Menggunakan populariti Lip Kit, Kylie telah menamakan satu warna daripada koleksi Lip Kit edisi terhad ‘Smile’ dalam usahanya membantu dan menyokong kebajikan tersebut dengan kesemua hasil jualan warna tersebut akan didermakan kepada Smile Train.

 

Lip Kit ‘Smile’ ini dilancarkan pertama kali pada tahun lepas semasa Hari Senyum Sedunia dan kit edisi terhad itu habis terjual dalam sekelip mata sahaja. Daripada hasil jualan pertama mereka Kylie mempersembahkan sebuah cek bernilai $159,500 kepada Smile Train.

 

Dengan pelancaran kedua ‘Smile’ pada Januari ini, hasil jualannya dijumlahkan sebanyak $300,000. Kesemua wang yang dikumpulkan ini akan membantu seramai 1,800 kanak-kanak untuk pembedahan mereka.

 

“Smile Train menyedari kebesaran hati Kylie dan komitmennya dalam membantu kanak-kanak melalur kempen media sosialnya #IAmMoreThan dan lawatannya ke hospital kanak-kanak,” terang CEO Smile Train, Susannah Schaefer.

See also
Kate Middleton Hamil Anak Kedua

 

“Ianya satu sinergi yang sempurna kerana visi utama Smile Train adalah untuk membantu kanak-kanak yang sumbing untuk bukan sahaja menerima senyuman yang baru tetapi juga keyakinan. Tiada yang lebih kuat daripada sebuah senyuman.”