5 Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat dan Menawan - Glam Malaysia

5 Tips Mendapatkan Rambut Yang Sihat dan Menawan

Masalah rambut kering, berminyak, kelemumur, rambut beracabang dan pelbagai lagi masalah rambut pasti biasa dialami oleh semua orang tidak kira jantina ataupun umur. Hal ini semua mungkin berpunca daripada rutin harian anda sendiri.

 

Tetapi usah gusar kerana terdapat beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk merawat dan ‘detox’ rambut anda agar kembali sihat dan bersinar seperti dalam iklan syampu yang sering dilihat pada kaca TV.

 
hair-3

Usah cuci rambut everyday

Kerana jika dibasuh setiap hari dengan syampu, rambut akan kehilangan kelembapan semula jadinya. Harus dibiarkan rambut anda tidak dibasuh selang beberapa hari supaya rambut anda boleh menghasilkan moisturiser semula jadi.

 
hair-5

Ikat rambut anda in a bun ataupun ponytail

Mungkin ada yang akan rasa tidak selesa jika tidak membasuh rambut mereka setiap hari dan jika itu kesnya anda boleh menggayakan rambut anda dengan gaya bun atau ponytail agar rambut anda boleh menerima kelembapan dengan lebih senang.

See also
10 Soalan: Izrin Ismail

 
woman washing her hair in hairsalon

Urut kulit kepala anda seperti di spa

Semasa membasuh rambut, cuba urut kulit kepala anda untuk membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Dengan pengaliran darah yang lancar, rambut anda boleh tumbuh dengan lebih lebat, kuat dan panjang.

 
woman with split ends

Masalah rambut bercabang pula?

Untuk masalah ini, anda boleh menggunakan dua cara. Buat sendiri dengan menggunakan pupur rambut atau dapatkan bantuan professional dengan rawatan yang disediakan.

 
hair-2

Kurangkan aktiviti mendandan rambut

Aktiviti seperti mengerintingkan rambut, meluruskan rambut, blow dry, dan mewarna. Banyak cara lain untuk mendandan rambut anda hanya dengan menggunakan serum untuk memastikan kesihatan rambut anda.

 

Sumber: EH!