Dalam sebuah temubual oleh Access Hollywood bersama pereka pakaian wanita Christian Siriano meluahkan hajatnya untuk terus bekerjasama dengan Michelle.
“Apa yang bagus perihal Michelle adalah dia seorang wanita yang menakjubkan dan dia akan terus melakukan perkara-perkara yang hebat,” katanya dalam temubual tersebut.
“Jadi dalam masa 20, 30, 50 tahun akan datang, saya mahu merekakan busana untuk dia. Walaupun tiada orang akan perasan, tiada gambar sekalipun, ianya merupakan satu penghormatan untuk diberi peluang memakaikan Michelle [dengan pakaian saya].”
Dia juga menambah bahawa apa yang dipakai oleh Michelle menjaidkannya lebih istimewa sebagai First Lady.
“Apa yang dipakainya adalah berani dan berbeza dan istimewa. Sebagai first lady dia berani mengambil risiko dan itulah yang dimahukan oleh seseorang pereka. Apabila kami mereka pakaian, kami mahukan seorang muse yang menakjubkan yang akan memakai rekaan kami. Michelle meraikan fesyen dan meraikan pereka fesyen muda di Amerika dan itu adalah saya.”
Apabila ditanya perihal meminjamkan baju untuk Melania, Christian hanya menjawab “Saya akan beritahu nanti. Saya perlu lihat dulu bagaimana. Itu jawapan diplomaitk saya.”
Sama ada pereka-pereka menyuarakan pendapat mereka atau tidak, satu sumber menyatakan bahawa ramai pereka-pereka yang enggan meminjamkan pakaian mereka bukan sahaja untuk Melania malah Ivanka dan Tiffany. Mereka sama ada membeli pakaian sendiri atau memakai jenama Ivanka.