Gigi Hadid Memohon Maaf Untuk Impresi Melania Trump - Glam Malaysia

Gigi Hadid Memohon Maaf Untuk Impresi Melania Trump

Gigi Hadid memohon maaf atas impresi Melania Trumpnya semasa American Music Awards baru-baru ini.

 

Gigi mengeluarkan keterangan bertulis tersebut menerusi laman sosial Twitternya.

 

Model tersebut telah dicaci dan dihentam oleh individu-individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya pada malam tersebut.

 

Ada yang menggelarnya sebagai seorang rasis dan dia patut terus menjadi model sahaja dan jangan mencuba untuk menjadi pengacara lagi.

“Saya berasa sangat berterima kasih kerana diberi peluang untuk mengacara AMA malam tadi dan dapat bekerjasama dengan penulis-penulis terhormat dalam bisnes ini.

 

Saya mengeluarkan dan menukarkan apa sahaja di dalam skrip yang saya merasakan akan membuatkan jenaka tersebut melampaui batas, tetapi jika anda memilih untuk melihat itu ataupun tidak, apa yang dah jadi sudah pun terjadi tanpa sebarang niat buruk.

 

Saya juga pernah menjadi bahan lawak di televisyen yang menggunakan perihal saya sebagai bahan lawak dan saya tahu itu hanya sekadar jenaka.

See also
Victoria Beckham Menerangkan maksud Disebalik T-shirt 'Fashion stole my smile'

 

Saya percaya bahawa Melania faham dunia hiburan dan cara sesebuah rancangan ditulis dan dijalankan. Saya memohon maaf kepada sesiapa yang saya telah lukai & saya hanya punyai niat yang baik untuk negara ini. Dengan hormat x Gigi”

 

Lawak yang menyebabkan Gigi dicaci adalah dimana dia melakukan impresi Melania Trump yang dituduh memplagiat ucapan Michelle Obama. Dengan suara dan gimik wajah Melania Gigi berkata: “Saya sayangkan suami saya, Barack Obama. Dan anak-anak kami Sasha and Malia.”

 

 

Oleh: Ai Norzaid