It Girl: Zendaya Membawa Perubahan Buat Millenials - Glam Malaysia

It Girl: Zendaya Membawa Perubahan Buat Millenials

Pelakon, aktivis, dan usahawan Zendaya Coleman atau lebih dikenali sebagai Zendaya sering menjadi topik perbualan dalam kalangan media di U.S. kerana dia amat lantang dalam menyuarakan pendapatnya berkenaan isu-isu politik dan hak-hak wanita, terutamanya women of colours, dan percaya atau tidak Zendaya baru sahaja berumur 20 tahun tanggal 1 September yang lalu.

 

Zendaya menyuarakan kerisauannya berkenaan pilihan raya di U.S. baru-baru ini kerana apa sahaja yang bakal berlaku, akan memberi impak yang besar kepada semua orang.

 

“Saya tahu ini sesuatu yang berat untuk difikirkan oleh seorang anak muda berumur 20 tahun, tapi benda ini memang patut pun difikirkan” kata Zendaya.

 

Sekarang Zendaya mencuba pelbagai cara untuk memastikan dia mampu menyuarakan pendapat dan ideanya ke padang khalayak ramai demi membawa kesedaran terhadap isu-isu yang penting.

 

Zendaya semasa di Glamour Women of the Year Awards

Zendaya semasa di Glamour Women of the Year Awards

 

Antara idea yang dikemukakan Zendaya adalah dengan mengeluarkan lifestyle app bagi memudahkan dirinya untuk berkomunikasi dengan peminat.

See also
CEO Pertama Diane Von Furstenberg

 

Selain itu, Zendaya juga baru melancarkan clothing line-nya dan dia ingin memastikan sesiapa sahaja yang memakai pakaiannya akan merasa selesa dan yakin dengan diri mereka sendiri. Pakaian-pakaian oleh Zendaya juga mempunyai androgynous feel to it.

Zendaya semasa pelancaran Daya by Zendaya

Pada usia yang muda ini, Zendaya sudah mencapai pelbagai kejayaan dan pada masa yang sama dia sentiasa berkerja keras untuk membawa kesedaran terhadap isu yang patut diberikan perhatian.

 

Apa lagi yang bakal dilakukan oleh Zendaya Coleman? Nantikan.

 

Oleh: Ai Norzaid