Setelah ditekan media, pihak White House mengesahkan pertemuan antara Barack dan Michelle Obama bersama pasangan Trump semalam.
Donald dan Melania Trump hadir ke White House menerusi pintu belakang kediaman dan pihak media dilarang membuat liputan tentang pertemuan tersebut.
Sumber: NBC News
Sementara Donald berjumpa Barack selama 90 minit di Oval Office, Michelle menganjurkan minum petang untuk Melania.
Kedua wanita ini dilaporkan berbincang tentang kehidupan di dalam White House dan Michelle berkongsi pengalaman tentang menguruskan keluarga sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat.
Walaubagaimanpun, persoalan utama yang membelenggu pertemuan ini adalah mengapa pihak White House ingin merahsiakannya sedangkan Bush menerima keluarga Obama secara terbuka apabila mereka menang pilihanraya dua penggal lalu.