Legasi Abang Saufi - Glam Malaysia

Legasi Abang Saufi

Seni secara amnya sudah menjadi pendamping setia bagi keluarga asal bumi kenyalang ini. Penuh rencah karakter girang, lincah, sentiasa dan merendah diri. Selami ceritera kreatif yang menyinari kehidupan harmoni legasi Abang Saufi.
 
abang-saufi

Genap tiga tahun bersama GLAM, momen ini adalah yang paling saya tunggu-tunggu. Manakan tidak, nama keluarganya sudah menjadi buah bicara kelompok fesyen tempatan sejak dulu lagi. Usaha adik-beradik perempuan keluarga Abang Saufi di dalam memelihara dan mengkomersialkan rekaan busana daripada motif budaya negeri Sarawak berjaya membuka mata pentas fesyen antarabangsa. Berkesempatan untuk duduk berbicara juga berjenaka bersama, ini adalah penghargaan terbesar di dalam mengenali lantas menyelami legasi kreatif mereka. Saya tumpang bangga atas pencapaian dan kerja keras adik-beradik ini di dalam menyanjung tradisi dan budaya.
 
Hari penggambaran, semuanya hadir dengan energi positif. Tatkala menunggu giliran untuk ditatarias, masing-masing membias attitude yang pelbagai. Melihat keletah mereka, hati saya berasa girang. Habsah berkemampuan untuk menggambarkan keperibadian dan membaca personaliti seseorang. Magie pula mula berdansa saat muzik genre hip hop diperdengarkan. Detik indah yang paling tidak boleh dilupakan adalah kala Datuk Tom menghiburkan krew GLAM dengan mendendangkan lagu klasik, Tunggu Sekejap. So much talent runs in this family, I simply must agree!
 
LIFESTYLE GURU
Melihat gayanya yang senantiasa ranggi dengan signaturnya yang tersendiri, Magie Abang Saufi berhak diangkat sebagai salah satu ikon fesyen tanah air. “I never follow trend blindly. I love to create my own style, dan memakai turban gaya saya mengekspresikan cita rasa dalam berfesyen. Saya tidak pernah merasakan wanita yang rambut berkepuk-kepuk dan membimbit tas Chanel 2.55 itu harus dipanggil fashionista. Tatkala usia meningkat saya banyak bermain dengan aksesori. Tidak perlu lagi helaian body hugging atau baju tanpa lengan. A fashion person knows what is the right clothes to put on. Not just based on trend. Bak kata Karl Legerfeld, trend senantiasa berubah tetapi stail itu abadi… Sementara saya di Kuala Lumpur, sempat saya melapangkan diri menghadiri pertunjukan fesyen Joe Chia. Bagi saya, Joe Chia adalah antara pereka tanah air yang saya lihat boleh think out of the box. Satu pertunjukan fesyen yang membawa persada fesyen tempatan ke tahap antarabangsa. Himpunan terbarunya adalah satu contoh di dalam mendidik visi pereka muda,” cerita Magie mengenai rencah fesyen lokal.
 
“My first fashion show trip was in 2003. Saya bersama Camelia waktu itu dan dia adalah it-girl merangkap selebriti Malaysia yang pertama mendapat jemputan pertunjukan fesyen di luar negara. Kami berpeluang untuk melihat pertunjukan fesyen jenama Celine dan Chanel. It was like a dream. Ya, Camelia waktu itu adalah Malaysia Fashion Darling. Saya percaya namanya masih menjadi bualan kelompok fesyen di Malaysia sehingga ke hari ini. Kebetulan waktu itu kakak saya, Mariam tinggal di Paris dan kami mengambil peluang untuk menginap lebih lama di sana. Di saya saya buat ramai kawan dan sehingga ke hari ini saya masih punya teman-teman Parisian. Acap kali ke paris, kalau berkunjung ke kelab malam, saya ada teman yang bekerja di kelab terkemuka Paris dan sentiasa mendapat layanan VIP dan tidak perlu beratur seperti orang lain. Itulah manisnya apabila kita menjaga persahabatan tidak kira siapa dan di mana kita berada.”
 
glam164323

See also
"Saya Pasang Impian Mahu Menjadi Atlet Professional" - Siti Safiyah

Mendapat pengajian di London College yang kini dikenali sebagai London College for Communication, Magie membesar sepenuhnya dengan melihat rona aliran seni Pop Art. “Tamat sekolah menengah saya melanjutkan pelajaran di London pada usia 19 tahun dan tinggal disana sehingga umur 23. Saban hari saya terkejar -kejar untuk beli surat khabar pada waktu pagi. Tidak lupa juga dengan majalah. Perasaan ingin tahu cukup menebal mengenai perencanaan terbaru dunia. Sifat ini berlanjutan sehingga ke hari ini. Tersingkap memori silam, kala itu dunia sibuk mengecam presiden Marcos dengan kekejamannya pada rakyat. Berbicara mengenai revolusi fesyen yang berkait rapat dengan muzik, sememangnya ia banyak berubah. Music and fashion are gel together. They are like lovers. It was a grunge movement in the 90’s, dan Kurt Cobain sedang hangat diperkatakan. Sejak Milenium, dunia semakin canggih. Serba serbi informasi di hujung jari. Tidak seperti dahulu, kini peredaran zaman moden terus menebar. Saya sendiri ketagih dengan teknologi hari ini. Pada zaman serba canggih ini, jika lambat jawabnya anda ketinggalan. Maka, saya tidak mahu ketinggalan dengan apa yang berlaku di persekitaran saya. Ada masa saya Snapchat, muat turun gambar upload di Instagram juga Facebook. Paling penting, material bacaan juga semakin meluas. Biarpun saya tidak di New York, dengan teknologi juga saya dapat tahu mengenai perincian pentas fesyen Tom Ford yang ditonton secara siaran langsung. Tidak pun apa yang berlaku menerusi konsert Kanye West. Apabila saya ambil tahu semua, it makes the world is actually small to me!” terang Magie.
 
Wanita ini sudah berabad mengelilingi dunia. Ditanyakan lokasi paling digemari, Magie akui ia adalah satu soalan yang cukup susah kerana baginya setiap destinasi yang pernah dilawatinya mempunyai keistimewaan tersendiri. “Sejujurnya kalau saya pilih betul-betul, tentunya kembara mengerjakan umrah adalah yang paling tenang. Di Mekah saya rasa cukup nyaman kerana fokus untuk beribadat dan meletakkan jauh diri daripada telefon bimbit. Biarpun semua orang tahu yang cukup susah untuk saya berenggang dengannya. Allah itu Maha Besar. Segala-galanya hanyalah pinjaman. Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan sepanjang hayat saya ini untuk melihat dunia. Apa jua yang berkait rapat dengan gaya hidup, saya suka. Setiap kali mengembara, mempelajari budaya asing sudah tersemat rapi dalam diri. One thing about me, saya tidak malu untuk bertanya daripada sesat. Bahkan, setiap hari pun kita sebenarnya belajar. Bukan? Saya juga sering ke Bali dan London bersama soul sister saya, yakni Datin Ezurin Tunku Yaacob. Percutian bersama sahabat rapat saya ini tidak pernah menghampakan. Hari-hari kami dipenuhi dengan gelak tawa bersama.”
 
Melihat akan gelagat Magie dan Arafah, karakter mereka seakan sama. Saat muzik diputarkan, mereka tidak segan berdansa. Six di Jalan Telawi, Bangsar sedang hangat diperkatakan kerana putaran muzik oleh DJ Arabyrd! Kini, dilihat bergerak aktif secara solo, saya sempat mengusulkan perancangan masa hadapan kepada anak perempuan Magie ini. “Sememangnya muzik adalah simbol saya dan tidak akan pernah penat memutarkan yang terbaik mahupun berdampingan dengannya,” tutur Arafah Edruce atau juga dikenali dengan nama pentasnya Arabyrd. “Membuat album itu senantiasa ada dalam perancangan. Namun, sekarang saya sedang mencari feel bagi memperdengarkan muzik yang lebih matang. Kini, saya sedang menyiapkan diri kerana diberi peluang untuk memutarkan muzik di minggu fesyen Paris dan persembahan di Six Bangsar bakal berganti lokasi baru dengan Good Vibes Division.”
 
PEJUANG WARISAN
Semua orang mengenali personaliti ini. Merupakan salah seorang figura penting lembaran fesyen tempatan, Datuk Tom Abang Saufi adalah pereka yang mengkomersialkan fabrik cetakan motif Pua Kumbu. Sekali gus mencitrakan rekaan tanpa zip dan butang menerusi himpunannya. Sejak remaja lagi Datuk Tom berupaya mengubahsuai atau berinovasi dengan gerobok pakaiannya. “Membesar dalam keluarga yang besar, kami adik-beradik digalakkan untuk senantiasa berinovasi. Pesan arwah ayah jangan pernah takut untuk melangkah keluar dari zon selesa dan selain menerapkan ilmu agama, ibu pula mendidik kami akan pentingnya untuk menghargai budaya kerana khuatir akan pupus warisan memandangkan hari ini semua berkiblatkan dunia moden. Antara yang paling saya ingat adalah mengambil singlet ayah lalu mengubahnya kepada dress singlet dengan motif teknik ikat celup. Habis semua kelengkapan dapur milik ibu dipakai guna untuk bereksperimen. Tidak lupa juga saya mengolah baju sekolah menggunakan fabrik korduroi,” tutur Datuk Tom yang cukup mesra berbual.
 
glam162673

See also
Kediaman - Simfoni Kontemporari 20Trees

Legasi dan empayar fesyennya dibina sejak tahun 1985, label Tom Abang Saufi bernafaskan elemen tradisional, baik daripada motif rekaan mahupun pemilihan material. “Menerusi kombinasi didikan orang tua kami, keyakinan diri meningkat selain membentuk serta menemui jati diri. Segala-galanya bermula kala usia 28 tahun, di mana saya merupakan suri rumah sepenuh masa ketika itu. Oleh kerana bosan, saya fikir baik meluangkan masa di London bersama adik-beradik dan saudara yang sedang menuntut di sana. Memang saya berminat untuk menceburi dunia fesyen, apatah lagi didorong dengan memori silam. Melihat akan ibu mencipta geroboknya sendiri, saya mengambil keputusan untuk mengikuti kursus fesyen selama enam bulan di London School of Fashion. Sudahnya kota London seolah-olah menjadi rumah kedua buat kami. Mendapat sokongan padu dari ahli keluarga, saya buka butik pertama di Bukit Bintang pada tahun 1985,” kata Datuk Tom menebarkan memori indah saat mula berjinak dalam industri fesyen.
 
yang berlaku menerusi konsert Kanye West. Apabila saya ambil tahu semua, it makes the world is actually small to me!” terang Magie.

glam160243

See also
Pereka Duo Rodarte Bakal Arah Filem