Ikon Fesyen: Twiggy
Jika disebutkan perkataan “model”, tentu nama Twiggy akan berdesing-desing di kepala orang ramai. Twiggy, atau nama sebenarnya Lesley Lawson bukanlah orang asing dalam dunia peragaan dan fesyen. Beliau merupakan salah seorang model pada tahun 60an. Twiggy menempa nama di seluruh pelusuk dunia, dan potongan rambutnya yang dikenali sebagai “the Twiggy bob” serta stail fesyennya yang lain dari yang lain (et oui: esentrik) dapat membezakannya dari rakan seperjuangan lain pada era yang sama.
Dress Mini
Twiggy sering memberi idea kepada teman rapatnya, Mary Quant, iaitu seorang pereka fesyen Britain. Salah satu kolaborasi bersama Mary telah melahirkan dress mini, yang masih berlegar-legar di catwalk dan dunia fesyen hingga kini. Ilham Mary dan Twiggy yang cukup daring itu telah menggegarkan scene fesyen pada ketika itu yang dipenuhi dengan gaya konservatif awal zaman 60an.
Aksesori Lelaki
Walaupun dilabel pakaian lelaki, ia sememangnya tidak membuat Twiggy segan untuk meneroka trend loose and baggy yang masih diminati lebih 40 tahun kemudian. Meskipun pemakaian pantsuit atau kemeja lelaki bersama riben sebagai tali leher pada era pascaglobalisasi ini dilihat sebagai perkara biasa, namun pada tahun 60an, ia dianggap sebagai pemakainan yang serba kreatif dan inovatif. Twiggy biasanya akan menyarungkan baju berjalur tebal, skirt mini dan dilengkapi dengan topi fedora atau bowler.
Lofer dan But
Pemakaian but paras lutut bersama skirt mini yang menjadi kegilaan ikon fesyen alaf 2016 ini sebenarnya sudah lama lapuk. Namun demikian, trend yang sering dikaitkan dengan Twiggy ini tidak ditelan zaman. Model tersebut boleh dikatakan sebagai perintis bagi look “boyish” yang sejak kebelakangan ini mendapat sambutan semula.
Oleh: Aizat Azman Shah