Dylan Rieder, pro skater terkemuka dan dikagumi ramai meninggal dunia kerana leukemia pada usia 28 tahun. Dylan mula mendapat perhatian industri fesyen apabila menjadi wajah kempen DKNY bersama Cara Delevigne tahun 2014.
Dylan Rieder. One of the most talent & brave men. I feel blessed to have known you. Rest In Peace Dylan. My love & condolences to his family pic.twitter.com/myDawH8P74
Antara selebriti lain yang turut bersedih atas kehilangan bintang muda kreatif ini adalah Ozzy Osbourne dalam satu tweetnya yang dikhaskan buat pemergian Dylan. Dalam sebuah instagram post milik Dylan sebulan lalu pula, dia (bertopi) kelihatan lemah dan kurus.
Keluarga Dylan juga meminta segala derma disalurkan kepada organisasi kanser bagi membantu pesakit lain. Dunia sukan papan luncur pastinya terkesan dengan pemergian lelaki berbakat ini. Berikut adalah kompilasi Dylan beraksi dengan papan luncur: