Tip Memilih Material Kabinet Dapur - Glam Malaysia

Tip Memilih Material Kabinet Dapur

Kabinet dapur antara item yang membantu menaikkan nilai penjualan sesebuah unit kediaman. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, ruang penyimpanan dan kos. Bagi memudahkan pencarian material dan reka bentuk kabinet dapur, GLAM Deko menyenaraikan jenis bahan diikuti kebaikan dan keburukkan utuk kabinet siap dipasang.

 

solid-wood

 

 

1. Kayu Padu (Solid Wood)

Tampil lebih kukuh dan tegap, kabinet jenis ini sesuai dibina menggunakan kayu nyatuh. Kabinet turut disokong kayu venir dan papan lapis. Daun pintu boleh dibina menggunakan kayu padu atau venir.

 

Kebaikkan –

Material kayu menawarkan pelbagai reka bentuk dan warna. anda boleh memilih warna cat atau mahu mengekalkan kemasan kayu asli dengan kesan garisan ira. Material jenis ini hadir dalam reka bentuk siap atau separa siap. Selain, kelihatan kukuh, kayu kekal berzaman lamanya tanpa kelihatan outdated. Malah, kesan calar yang bakal wujud juga mudah dibaiki. Jika bosan, hanya tukar warna cat kabinet.

See also
Seamaster Olimpik Tokyo 2020

 

Keburukan

Kelembapan menyebakan pintu kayu mudah meleding (kembang). Gunakan air suam bersama air sabun untuk mencuci kotoran. Wax kayu membantu menyamarkan kesan calar.

 

9c4a3441ef08c044cd294f7743ab2528

 

2. Campuran Kayu Terpakai

Kabinet dibina daripada campuran jenis kayu terpakai dan bahan kitar semula. Kebanyakkannya, menggunakan buluh, hampas pelbagai jenis kayu nipis, wheatboard dan juga sisa kulit buangan daripada pengeluar kasut.

 

Kebaikkan –

Kabinet kayu terpakai bersifat mesra alam, sekaligus mengurankan kesan karbon di kediaman.

 

Keburukkan –

Mahal.

 

gray-color-kitchen-cabinets

 

3. Laminate

Venir terdiri daripada lapisan kertas dan resin plastik yang diikat pada papan lapis atau partikel papan. Laminate sukar dibentuk, jadi kebanyakkan reka bentuk pintu direka rata dan licin. Laminate cukup popular sebagai bahan kabinet dapur di negara kita kerana variasi warna dan jenis kemasan tekstur; matte atau berkilat.

 

Kebaikkan –

Harga berpatutan dan tahan lama. Laminate tidak mudah rosak dan kotor.

 

Keburukkan –

Kesan calar, serpih tidak boleh disembunyikan atau dibaik pulih. Kesan cap jari juga mudah melekat di sekitar permukaan kabinet.

See also
Libur - Destinasi Kembara Yang Perlu Dilawati

 

e5890a265538df5d988e2a152b938c8a

4. Thermofoil

Diperbuat melalui teknik pemanasan vinil, thermofoil mengandungi serat kayu yang dimampatkan (MDF). Kabinet jenis thermofoil menawarkan pelbagai jenis reka bentuk.

 

Kebaikkan –

Harga berpatutan dan variasi reka bentuk dan warna kabinet.

 

Keburukkan –

Kabinet jenis thermofoil sukar dibaik pulih jika ada kerosakkan. Lapisan thermofoil juga boleh terpisah apabila terdeah pada haba. Tidak sesuai digunakan untuk ruang ketuhar, ketuhar gelombang mikro. Melainkan, dengan meletakkan plat tahan haba.

 

awesome-grey-white-stainless-wood-luxury-design-stainless-steel-kitchen-island-white-wall-paint-stainless-top-faucets-wall-oven-stove-at-kitchen-with

 

5. Metal

Metal yang digunakan adalah jenis tahan karat (stainless steel), legap dan tahan calar. Secara peribadi, saya pilih bahan jenis ini kerana mudah diselenggara, tidak mudah ditelan zaman, serta kelihatan cukup kukuh dan tentunya stailish! Sesuai bagi yang mahukan ruang dapur berkonsep industrial.

 

Kebaikkan –

Anda boleh memilih mahukan kemasan metal jenis legap atau berkilat. Legap kelihatan lebih elegan dan mewah. Sukar untuk mengesan cap jari, tahan lasak (bagus untuk mereka yang gemar memasak), serta tahan haba dan lembapan.

See also
Stail Fesyen: Gaya Dior Pilihan Selebriti

 

Keburukkan –

Kos yang mahal. Mudah calar.

 

Gambar : Google.