Retorik: Jangan Sampai Deria Jadi Mati- oleh Amir Luqman - Glam Malaysia

Retorik: Jangan Sampai Deria Jadi Mati- oleh Amir Luqman

t72964538_max

Gambar: Arkib GLAM


 
Oleh: Amir Luqman
 
Karpet merah menjadi medan buat pereka yang ghairah menerajui barisan hadapan industri fesyen Malaysia. Jelas kelihatan kelompok ‘pereka dunia kedua’ mengganas bersaing sementelah ‘pereka dunia pertama’ diam di sebalik tirai sutera, lebih fokus dengan strategi perjuangan sendiri. Melalui ideologi peperangan karpet merah inilah yang membuka laluan lebih ramai pereka mara ke hadapan tanpa mengenal elemen kualiti berbanding kuantiti.
 
Dengan ini kelihatan perebutan siapa yang dapat menakluki artis terus berada di papan atas. Meninggalkan nama-nama tersisa buat ‘pereka dunia ketiga’ yang berharap untuk berkarya dengan niat setitik tinta bakal mencalit di lembaran fesyen dan hiburan. Ini realiti.
 
Sogokan ini memberi impak positif juga sebaliknya dalam industri kita. Industri membesar seraya membuka laluan kepada nama-nama baru. Namun kebanjiran helaian yang diangkat sebagai couture di atas kerpet merah ini menyaksikan hatuhnya kualiti rekaan dan hasil kerja. Kerana taksub mengejar nama, manusia yang tak pernah sempurna sering memandang enteng perihal kualiti rekaan, fabrik dan hasil kerja. Maka hasilnya; berjejeran kreativiti yang menyakitkan mata lantas menjejas nama industri di masa luar. Ya, memang setiap kita mempunyai pendapat dan cita rasa sendiri tapa takkan hanya berbangga menjadi jaguh kampung?
 
Penajaan merupakan salah satu jalur pemasaran yang efektif tapi lebih afdal andai ia seiring dengan kualiti yang menjamin kedudukan Malaysia sebagai salah satu pusat fesyen dunia.
 
Kalau kita lihat senario di Barat, artis melalui karpet merah menyarung helaian runway, itulah tujuan sebenar minggu fesyen. Memapar koleksi sesuai musim dan helaian itu dijadikan medium promosi dan publisiti.
 
Pemilihan selebriti juga sesuai rekaan. Bukan sekadar tangkap muat. Ingat… you have to wear the dress not the dress wears you.‘ Di Malaysia, artis dimanjakan dengan sogokan yang tak bertauliah. Saya tidak menentang tapi dari aspek ekonomi, rantaian antara industri sedikit cacat. Lebih menyedihkan yang dikatakan artis most highly paid tidak dapat menjana pengaliran ekonomi negara, itu tidak berlaku di negara lain. Kita dapat melihat fenomena artis Malaysia pakai apa sahaja asal percuma. Tidak pernah ambil tahu fabrik ataupun potongan, sesuai atau tidak. maka relevan rekaan tidak pernah menjadi isu. Lantas anda dihambur peneliti fesyen. Tapi itu tidak menjejas perasaan atau emosi atas dasar tamakkan sogokan.
 
Sesuatu yang lebih memalukan pabila ada segelintir artis yang berasa diri ikon fesyen negara. Apakah hujah yang dapat menyokongnya? Andai dengan memiliki setiap beg ikonik dan berkejaran mendapatkan ‘IT Bag’ setiap musim tapi menyarung baju tajaan secara percuma apakah itu bukti anda menjana ekonomi fesyen  negara? Saya tidak sesekali seteru jenama gah antarabangsa malah saya seorang peminat struktur galur sepatu Giuseppe Zanotti juga mengagumi Kelly sebagai tas tangan dan juga dirinya. Tapi keseimbangan dalam berfesyen, sokongan terhadap produk pereka tempatan adalah wajib.
 
Saya kagum dengan sumbangan Camelia, Datin Sri Tiara Jacquelina dan juga Kavitha Sidhu. They know what they want in fashion, and they buy!
 
Tidak ramai yang sanggup berhabis wang ringgit untuk pereka tempatan.
 
Sama anda ‘pereka dunia pertama, kedua mahupun ketiga’, yang penting adalah untuk membangunkan industri fesyen negara ke tahap yang membanggakan. Lebih ikhlas mendalami potensi diri dari memupuk perpecahan dan perasaan dengki. Lebih teliti dalam kualiti rekaan. Jangan hanya sekadar mengejar populariti.
 
Saya melihat kita harus jadikan minggu fesyen sebagai medan ekspresi kreativiti  dan bukan acara karpet merah semata. Pereka fesyen negara cenderung menghasilkan helaian glamor dan tidak pernah mengasah bakat untuk sesuatu yang praktik. Akhirnya, semua terperuk menjadi pereka pengantin. Cuba keluar dari kepompong dan melihat peluang pada skop yang lebih luas. Setiap hari orang tidak pakai baju pengantin dan dress meleret perincian. Kita patut merebut pasaran ready-to-wear yang selamanya ini dimonopoli oleh jenama luar.
 
Anda perlu give and take. Jangan menadah  sogokan sahaja.Marilah saling membantu menaik taraf ekonomi. Anda bekerja dan dibayar. Industri fesyen negara mulai tenat kualiti jangan kita mengejar mengejar populariti sampai deria pun jadi mati, kita mahu makan apa nanti? Ini pesan buat kita semua supaya berhati-hati.
 
AMIR LUQMAN pereka fesyen kelahiran Kelantan ini, menuntut ilmu fesyennya di IFTC. Pengalaman bekerja bersama Anne Avantie dari Indonesia dan hasil rekaanya pernah ditontonkan di kota hiburan popular, Las Vegas, Amerika Syarikat untuk digayakan  oleh Miss Universe Malaysia 2010, nadine Thomas. Pereka ini pernah dianugerahkan BDA Designer of The Year pada 2011 dan 2012. Selain itu, Amir Luqman turut aktif menyumbang ilhamnya dalam arena perfileman, teater serta muzik tanah air. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my.

See also
Meghan Markle Bakal Berpindah Ke Kensington Palace Untuk Bersama Putera Harry