Lelaki Juga Bersolek? - Glam Malaysia

Lelaki Juga Bersolek?

Oleh: Amira Azman
&nbsp

arkib-glam-lelaki

Gambar: Arkib GLAM Lelaki


 
Industri kecantikan lebih terarah kepada golongan wanita. Budaya fanatik sebenarnya adalah tepat untuk saya gambarkan situasi dunia kecantikan hari ini. Nampak begitu jelas terutama sekali melalui laman Youtube juga Instagram. Setuju bukan? Daripada memuat naik gambar selfie, mengulas produk kecantikan, video tutorial sehingga bermacam lagi semua ini bagaikan menggila di timeline laman sosial kita hari ini.
 
Namun kini sedikit demi sedikit persepsi kecantikan telah berubah. Lelaki telah mula memberi perhatian pada kecantikan dan pandai mengeksperesi istilah cantik. Mereka menggunakan kecantikan sebagai medium untuk menunjukkan transformasi diri mereka sebenar dan mereka percaya solekan itu adalah neutral-gender. Bukan saya maksudkan mereka ini para jurusolek lelaki profesional, akan tetapi mereka ini adalah influencer atau beauty blogger yang benar-benar mengoles solekan di muka sendiri. Saya juga mengaku yang saya sebenarnya lebih terhibur dan mudah faham jika melihat tutorial daripada mereka. Apakah kelebihan mereka? Mengapa mereka ini lebih menjadi ikutan hingga memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram? Malah ada diantara mereka yang mengeluarkan makeup line sendiri dan jangan terkejut jika ianya laris di pasaran. Bagi saya mungkin mereka ini istimewa dan lebih memahami dan mendalami dunia kecantikan (malah lebih pandai bersolek daripada kita wanita tulen ini!)
 
Ada yang mempersoal, adakah mereka ini sebagai generasi baru yang akan menjual nama-nama jenama solekan antarabangsa? Ini kerana semakin banyak jenama mula memuat naik gambar-gambar male beauty bloggers di akaun rasmi Instagram sebagai pengaruh melariskan produk-produk mereka. Daripada Maybelline hinggalah ke Benefit Cosmetics, semuanya memberi perhatian dan menyokong selain jenama Tom Ford yang suatu ketika dahulu pernah bersuara serta menegakkan mengapa lelaki juga harus mengoles solekan. Namun, tidak semua netizen menyokong langkah ini. Ada yang mengutuk kempen seperti ini. Semuanya terpulang pada masing-masing untuk menerima atau tidak. Bagi saya, mereka ini telah mencipta satu fenomena dalam dunia kecantikan kini. Afterall, beauty never discriminate…
 
koleksi-tom-ford-ex

koleksi Tom Ford LIPS & BOYS KEMPEN

 

gd

Bintang pop Korea, G Dragon ketika melewati karpet merah pertunjukan fesyen Chanel dilihat bersolek minimal dibahagian mata


 
jaden-smith

jaden Smith tampil kontroversi ketika keluar berlibur bersama teman-teman dengan mukanya siap bersolek


 
wayne-goss

Wayne Goss, jurusolek British yang sering memuat naik video tutorial kecantikan di laman Youtube