Ikon Fesyen: Phoebe Philo - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Phoebe Philo

phoebe-philo-vogue-18feb14-david-sims_b

 

PENGARAH KREATIF
Siapa yang tidak kenal dengan Pengarah Kreatif jenama Céline ini? Dia yang berjaya mengetengahkan gaya minimalis melalui ceraian clean lines, palet warna bersahaja namun masih chic. Sejak menerajui Céline tahun 2008, baru-baru ini ada rumor mengatakan dia bakal meninggalkan rumah fesyen ini akhir musim ini.

 

WANITA BERPENGARUH
2014, dia diantara 100 individu berpengaruh dunia yang diiktiraf majalah Time. Ini berkaitan dedikasinya terhadap dunia fesyen yang dilakarkannya. Dia juga memberitahu majalah Vogue British, “Hubungan saya dengan fesyen sangat playful dan amat ekspresif apabila sampai masanya untuk berkarya.

 

GAYA SIGNATUR
Sepanjang tempoh perkhidmatannya di Céline, nyata hembusan maskulin amat ketara seperti kot besar, baju berbutang dan celana panjang lelaki. Dia turut bijak menjadikan ceriaannya tampak lebih moden dan mewah dengan menggabungkan cita rasa feminin termasuklah pengenalan kepada kasut sniker yang diinspirasi daripada kasut klasik Van dan Nike.

ANAK SENI Philo menamatkan pembelajarannya di Central St Martins sebelum bergelar pembantu kepada rakannya, Stella McCartney di Chloé pada 1997. Ibunya, Celia Philo pengusaha seni dan artis grafik, juga salah seorang yang menyumbangkan kulit album David Bowie berjudul Aladdin Sane.

See also
Blake Lively Definisi Fabulosity!

 

ISTILAH WARNA MODEN
Katanya, “Don’t go overboard with the colours”. Untuk tampil moden, palet muted cukup meghuraikan rasa mewah pada setiap wanita. Oleh sebab itulah gayanya sentiasa ditemani dengan sut lengkap warna senada.

 

ASAS GAYA


RANTAI, LOUIS VUITTON

RANTAI, LOUIS VUITTON


 
BEG TANGAN, BOTTEGA VENETA

BEG TANGAN, BOTTEGA VENETA


 
CINCIN MEWAH, DE BEERS

CINCIN MEWAH, DE BEERS


 
JAM TANGAN, OMEGA

JAM TANGAN, OMEGA