Patek Philippe Simbol Keanggunan Wanita - Glam Malaysia

Patek Philippe Simbol Keanggunan Wanita

Teks: Yusairi Fitri
 
Gambar: Patek Philippe
 
7122_200g_001_amb_rvb
 
Patek Philippe mentakrifkan kontur keanggunan klasik dengan Calatrava terbaru. Model yang dicipta tanpa berlebihan seiring dengan peredaran masa dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.
 
Status rekaannya tidak pernah dipertikai. Dicipta pada 1932, model Calatrava terhasil daripada falsafah estetika avant-garde yang mempamerkan keanggunan garis dan kehalusan, koleksi ini bagai meluahkan kebijaksanaan seni artisan terbaik. Kualiti monumental reka bentuknya mencerminkan usaha bersungguh-sungguh di mana kesempurnaan sentiasa menjadi misi teras Patek Philippe. Sungguh pun masa berlalu, koleksi Calatrava tidak kira untuk lelaki atau wanita  tidak pernah lapuk ditelan zaman malahan ia sentiasa berjaya meragut hati setiap generasi baru. Kala berbicara mengenai nilai estetikanya, maka benarlah no other watch lends better expression to the true Patek Philippe style.
 
Retrospektif Patek Philippe Calatrava
 
1932- Model Calatrava Ref. 96 pertama kalinya diperkenalkan oleh Bauhaus (sekolah Jerman seni dan seni bina yang berpegang teguh kepada prinsip bentuk yang mesti mengikut fungsi) dengan case emas, bezel rata dan dail putih lengkap tali kulit.
 
1985- Model Calatrava Ref: 3919 hadir dengan bezel guilloche “Clous de Paris”. model ini mendapat sambutan paling hangat kerana ia diangkat sebagai signatur Patek Philippe. Seiring peredaran zaman, reka bentuknya diperhalusi dan digantikan secara berperingkat yang menekankan rekaan ultra-nipis.
 
2006- Model Calatrava Ref. 5119 diperkenalkan dengan sifat baru yakni case diameter 36mm. Menggunakan bezel guilloche ‘Clous de Paris’ emas, emas merah dan putih 18 karat. Dikuasakan oleh pergerakan kaliber 215PS. Tali kulit buaya kemasan satin dan gansu yang diperbuat daripada emas, emas merah dan putih 16 karat.
 
2016- Dipersembahkan dalam empat versi baru, hembusan feminin pada bezel yang diperbuat daripada emas, emas merah dan emas putih. Sebagai menggandakan sensasi, setiap model Calatrava bertatahkan berlian.
 
7122_200r_001_rvb
 
Calatrava

  • Bezel bertatahkan 44 butir berlian (0.47 karat)
  • Case emas dan putih berdiameter 33mm
  • Subdial saat
  • Tali kulit buaya dengan garis bersegi, jahitan tangan, kemasan matte putih mutiara dan gancu prong.
  • Dail putih lacquered, penanda jam hobnail-patterned diperbuat daripada emas
  • Pergerakan mekanikan manual kaliber 215 PS. Kalis air sedalam 30 meter.
See also
Wanita Curvy Balmain

 
5067a_024_cmyk_new
 
Aquanaut (Ladies) Ref. 5067A-024

  • Pergerakan kuarza berkaliber E23-250 S C
  • Paparan tarikh pada detik jam tiga
  • Center sweep econd hand
  • Bezel bertatahkan 46 butir berlian (1 ct), case keluli berdiameter 35.6mm
  • Dail diturap, nombor bersalut emas
  • Tali komposit ‘Tropical’
  • Aquanaut fold-over clasp
  • Screw- down crown
  • Kalis air sedalam 120 meter

 
4968_400r_001_cmyk
 
Complications (Ladies) Ref.4968/400R-001

  • Pergerakan mekanikal manual berkaliber 215 PS LU
  • Fasa bulan, subdial saat
  • Lugs bertatahkan 48 butir berlian (0.17 karat)
  • Bezel dan dial plat 18 karat 33.3mm bertatahkan 587 butir berlian (3.02 karat), 12 permata rubies penanda waktu (0.11 karat), Diamond Ribbon Joaillerie
  • Tali kulit buaya, gancu prong 32 butir berlian (0.25 karat)
  • Case back kristal nilam, kalis air 30 meter.

 
4897_300g_001_cmyk
 
Ladies’ Calatrava

  • Pergerakan mekanikal manual berkaliber 215
  • Bezel bertatahkan 48 butir berlian potongan baguette (1.21 karat)
  • Tali satin Midnight blue brushed. gancu prong bertatahkan enam butir berlian potongan baguette (0.19 karat)
  • Case back kristal nilam, kalis air sedalam 30 meter
  • Case diameter 33 mm
See also
Barangan Kemas Berkilauan Serba Mewah

 
7200_200r_001_cmyk
 
Calatrava

  • Pergerakan automatik ultra nipis berkaliber 240
  • Bezel bertatah 142 butir berlian (1.08 karat), ‘Flamme’ setting
  • Dail perak, penanda masa bernombor Breguet bersalut emas
  • Gancu prong bertatahkan berlian 26 butir berlian (18 karat)
  • Case emas merah 18 karat berdiameter 34.6mm