5 Percutian Alam Eksklusif Mewah - Glam Malaysia

5 Percutian Alam Eksklusif Mewah

[soliloquy id=”52825″]

 

 

 

 

 

 

 

  1. The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh, Perak

 

Terletak di lembah berkeluasan 16.19 ekar dalam kepungan bukit batu kapur Palezaoc berusia lebih 260 juta tahun, destinasi percutian ini direka unik untuk menikmati keindahan alam. 25 buah Garden Villa dan Water Villa, spa   menjanjikan nilai terapeutik buat menyuntik ketenangan maksimum. Paling menarik, apabila menikmati makan malam di dalam gua batu kapur berbumbungkan bintang-bintang di langit.

 

[soliloquy slug=”ytl-cameron”]

 

 

 

 

 

 

2. Cameron Highlands Resort YTL, Pahang

 

Cameron Highlands Resort YTL dibina sebagai lanjutan bangunan kotej dari tahun 1903 -an yang sedia ada dengan elemen seni bina sekitar 1070-an. Sentuhan dalaman resorts mengembalikan warisan colonial dengan rekaan pintu tinggi Perancis, siling kayu alang – alang dan bidai kayu digabungkan dengan warna dan tekstur sutera Asia terkenal Jim Thompson. Antara tarikan utama di sini adalah ladang the, taman strawberi, dan menikmati minum petang ala Inggeris bertemankan kek, skon di lereng bukit ladang the.

See also
Elemen - Tatahan Jemeki

 

[soliloquy slug=”belum-royal”]

 

 

 

 

3. Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak

 

Di sini, anda berpeluang mencari dan melihat sendiri, bunga terbesar dunia, Rafflesia. Mandi-manda dan berkelah  di air terjun terindah; Sungai Ruok atau Sungai Nam. Belum Rainforest Resort dibina di tengah-tengah syurga tropika, Pulau Banding. Belum Rainforest Resort juga menyediakan pakej penginapan lengkap untuk percutian keluarga, perniagaan atau bulan madu. Bagi yang minat aktiviti lasak, boleh cuba trekking menuju ke perkampungan orang Asli.

 

[soliloquy slug=”tanah-aina”]

 

 

 

 

4. Tanah Aina Farrah Soraya, Exclusive Eco Resort, Raub, Pahang

 

Tanah Aina Farrah Soraya Eco Tourism Resort hanya boleh ditembusi dengan menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda (4 x 4). Perjalanan memakan masa 10 minit bermula dari bawah bukit menuju ke resort yang dibina pada ketinggian 1,700 meter paras laut. 3 air terjun persendirian menanti untuk anda daki dan berenang sepuasnya. Kemuncaknya adalah apabila anda berjaya menemui dan melompat ke dalam lagun hijau dari platform setinggi 15 kaki digelar “Leap of Faith” dikelilingi hutan hutan tropika tertua.

See also
Datin X: Menunjuk-nunjuk Di Media Sosial

 

[soliloquy slug=”the-datai”]

 

 

 

 

5. The Datai, Langkawi, Kedah

 

Penemuan Teluk Datai; dikelilingi pantai berpasir putih, bukit curam dilitupi hutan hujan dan berlatar belakang gunung purba dan puncak marmar, memikat sukma sesiapa sahaja. The Datai diwujudkan sejak dua dekad lalu. landskap dan seni bina alami di luar jangkauan ini direalisasikan oleh arkitek Kerry Hill. Tersenarai antara 10 pantai tercantik di dunia oleh National Geographic, The Datai hanya boleh diakses menerusi jalan laut sahaja. Di sini adalah destinasi tepat mengembalikan semangat, nilai spiritual, dan membaik pulih kesejahteraan minda dan tubuh.