GLAM #GirlSquad: Cristina, Nadia, Sharifah Amani & Ruzana - Glam Malaysia

GLAM #GirlSquad: Cristina, Nadia, Sharifah Amani & Ruzana

GLAM singkap memori pengembaraan serta tip merencana percutian terindah Cristina Suzanne, Sharifah Amani, Nadia Aqilah dan Ruzana Ibrahim untuk mengetahui what kind of globe trotter are they?
 

girlsquad 1

 

CRISTINA SUZANNE

 

Anak kedua daripada tiga beradik ini dilahirkan di Johor Bahru. Ibu berasal dari Pahang, ayahnya pula dari Texas, Amerika. Selesa menjadi pengembara atau pelancong? Crisse memintas, “I’m a traveller. Barulah kita menghargai erti sesebuah pengembaraan itu. Sebagai seorang light traveller, saya tidak suka menjinjit barang di tangan kerana rasa diri seakan tersekat lantas tiada kebebasan untuk bergerak. Saya akan pastikan beg bagasi mampu mengisi semua kelengkapan yang bakal dibawa. Juga bagi mengelakkan barang tercicir, ibu selalu berpesan agar bawa beg sendiri dan jangan sesekali bergantung pada orang untuk membawanya kerana khuatir ada yang hilang nanti.”

 

Memori pengembaraan yang senantiasa terpahat di ingatan adalah kala berlibur di Seychelles. “Seychelles, The Paradise Islands! It’s like eight days as in a dream. Hidangan piza mereka lazat sekali, biarpun hanya dijual di kaki lima. Nothing fancy of course. Yang penting harganya berpatutan dengan rasanya yang lazat. Sambil makan piza, diri dibelai bayu laut dengan lautan yang terbentang luas. Bersinar mempesona bak kilauan kristal, pasirnya halus, putih tidak terbanding dengan pulau lain yang pernah dilawati. Jajaran pohon kelapa yang melambai ditiup angin laut sungguh mengasyikkan terutama pada waktu malam. Panorama alam di sini amat mempesonakan.”

See also
Jesrina Arshad, Young and Ambitious

 

NADIA AQILAH

 

Penglibatannya dalam arena hiburan bermula usia 14 tahun. Nadia punya kumpulan nyanyian bergenre R&B Hip-Hop bernama Luscious. Kini dia aktif berlakon baik untuk siri drama, filem dan tentunya antara pelakon yang aktif di gelanggang teater. “Saya mengambil masa bertahun lamanya untuk memahami akan kepentingan dan konsep travelling light. I’m almost there, I guess it’s smarter to make sure your bag is not too heavy,” tutur Nadia bersungguh sambil ketawa. Katanya lagi, “Kurangkan membawa produk cecair, ya benar wanita punya rejim kecantikan namun kita ada alternatif lain. I would bring coconut oil and use it as moisturizer, lotion, makeup remover, and even tanning oil.

 

“Memori percutian terindah terlalu banyak! Antaranya adalah kembara solo ke Basel, Switzerland untuk bertemu dengan teman rapat arwah ibu. Saya selalu memberitahu kepada rakan adalah penting untuk memahami dan punya kesabaran yang tinggi kala mengembara. Jika tidak dapat mencari travel buddy yang baik, might as well just do it alone. Wake up early, stash extra cash and don’t use it until you really need it, meet the local people, eat their food, on your last day, finish your cash with no regrets!”

 

SHARIFAH AMANI

 

“Menelusuri kota Tokyo bersama Allahyarham Yasmin Ahmad merupakan pengalaman terindah. By far is the best memory kerana kala itu sedang musim Sakura. Keindahan flora yang tiada tandingan dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah bila kami berdua menyarungkan baju kurung and taking Tokyo down!” kata Sharifah Amani memanjatkan rasa syukur. “Daun, batu dan ranting adalah antara item yang saya kumpul daripada setiap percutian. Disimpan rapi di dalam kotak kecil, ia membingkis setiap memori yang terbina. Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya masih boleh ingat dan mengenal pasti dari mana mereka datang.”

See also
Zaida Ibrahim

 

“An open heart is an open mind, adalah tip yang terbaik daripada saya. Melihat akan dunia baru yang berbeza kaum, agama dan budaya menghanyutkan saya kepada keindahan dunia ciptaan Allah. Travelling to me is very spiritual. It’s your own energy that you bring. Jika anda memberi energi yang positif maka, ia berbalas positif. Terpahat rapi di dalam senarai destinasi impian adalah untuk melihat tujuh keajaiban dunia, baik dari zaman purba atau moden. Saya mahu pergi dan meneliti akan keunikan sejarah dunia. Machu Picchu is my ultimate goal,” terang wanita genit ini.

 

“The craziest thing that i’ve done while traveling is I tend to perform my monologues anywhere that I go. Menjelajah untuk dokumentari travelog dari Perancis ke Itali saya persembahkan monolog Melayu hasil karya Nam Ron. Bertajuk Aku Nak Jadi Bintang di dalam hujan saya mendeklamasi dikelilingi suasana purba era pertengahan di Aosta, Itali.”

 

RUZANA IBRAHIM

 

Mula menjejakkan kaki ke dunia hiburan di samping Nadia Aqilah dan Shafinaz Mokhtar. Mereka menyertai pertandingan Gang Starz sebagai trio yang memperdengarkan genre R&B Hip-hop. Kemudian Ruzana mewarnai dunia lakonan tanah air dengan memegang watak utama sebagai Sukma menerusi drama popularnya penjelajah yang sukakan cabaran,” jawabnya girang.

See also
10 Gaun Terbaik di VMAs Sepanjang Zaman!

 

“I absolutely love travelling. I would consider myself to be adaptable and accommodating to environments. Di luar sana, saya suka melihat keindahan langsung memeluk mesra alam ciptaan-Nya. Meneroka pelbagai budaya membuatkan diri ini menghargai erti sebenar kehidupan. Saya seorang yang agak last minute packer. Tetapi jika sudah dirancang lebih awal dan tidak sabar untuk berlepas, saya akan pastikan semua keperluan perjalanan dibawa dengan membuat senarai semak. From toiletries, to clothes, to handphone charger, necessary devices, important documents like passport and travelling itinerary.”

 

“Membuat keputusan spontan untuk backpacking pertama saya ke tanah eksotik India. Negara itu merakam memori terindah. Mekah adalah salah satu destinasi idaman selain bungee jumping di New Zealand dan bermalas-malas di persisiran laut Caribbean. Saya juga mahu melihat haiwan liar di Afrika. I actually choose to travel the world to see and experience things rather than shop.”