Bual Deko bersama Vivy Yusof - Glam Malaysia

Bual Deko bersama Vivy Yusof

MW1215GWOT_Untitled-Session9872

Aktiviti hujung minggu di kala lapang?

Meluangkan masa bersama tercinta. Selalunya sarapan di luarĀ bersama suami dan anak-anak.

 

Aksesori fesyen pilihan (baju, kasut, tas tangan, aksesori)?

Anting-anting berlian yang diberi sentuhan feminin serta jam tangan serba elegan menterjemahkan keperibadian yang sungguh chic.

 

Mesti ada di dapur?

Ketuhar gelombang mikro.

 

Aksesori dekor kegemaran?

Bingkai gambar. Ia seakan melembutkan ruang rumah tidak kira dingin atau formal konsep sesebuah rumah itu.

 

Ruang kegemaran di kediaman?

Sudah tentu kamar ibu bapa saya. Saya suka menghabiskan masa di situ kerana ia mengingatkan saya bahawa tidak kira betapa sukarnya hidup atau lanjutnya usia, saya masih punya tempat bernaung.

 

Inspirasi dalam menata kediaman?

Majalah-majalah hiasan dalaman terutamanya GLAM Deko.

 

Destinasi kembara pilihan atau ingin pergi?

Kota New York.

 

Apakah perabot kegemaran?

Meja makan khusus untuk sarapan pagi. Sudah menjadi kewajipan untuk memulakan hari, bersarapan bersama keluarga sebelum keluar bekerja.

See also
Sareng, Himpunan Karya Seni Minimalis

 

Apakah fabrik perabot pilihan?

Kulit. Tekstur dan potongan kulit bersih, mudah diselenggara serta sangat selesa. Super comfy!

 

Motif yang menjadi pilihan utama dalam pemilihan perabot atau aksesori?

Saya tidak menggemari fabrik sarat cetakan motif atau corak. Minimalis dan warna yang memberi ketenangan adalah kunci utama dalam pemilihan perabot bagi saya.

 

Gambar : womensweekly.my dan mimpikita.my