Retorik: Now Trending: #magic !- oleh Abby Latif - Glam Malaysia

Retorik: Now Trending: #magic !- oleh Abby Latif

Retorik

Gambar: Arkib GLAM


 
Oleh: Abby Latif
 
Ramai orang taksub dengan trending stuff. Apa yang sangat popular pada musim ini, itulah yang menjadi kegilaan. Semua ini boleh diaplikasikan di dalam setiap perkara, setiap hobi mahupun fesyen. Namun di dalam lautan trend masa kini, sukar untuk kita melihat keistimewaan setiap individu yang lahir daripada bakat dan keajaiban tersendiri mereka. Kita ragu-ragu jikalau ini adalah sesuatu yang dibuat supaya nampak mengikut trend, atau sesuatu yang istimewa yang boleh dikupas dan dibentuk menjadi #magic.
 
Bagi saya, setiap individu ada #magic mereka tersendiri. Saya seorang yang mempercayai #magic dan keistimewaan setiap individu. Kerja saya ialah merealisasikan potensi wanita dan gadis. Tetapi misi saya ialah supaya semua orang dapat merealisasikan potensi masing-masing, tidak mengira jantina, latar belakang dan bangsa.
 
Tetapi bagaimana hendak menyingkap tabir yang merahsiakan #magic diri seseorang itu? Adakah pada sesuatu rangka usia kita sudah patut menemuinya? Pagi tadi kawan saya post di Instagram mengenai satu artikel yang bertajuk, “If you’re reading this and you’re approaching 50 years of age, remember that oak trees do not produce acorns until they are 50 years old.” Di dalam artikel itu, dinyatakan bahawa Charles Darwin menulis The Origin of Species ketika berusia 50 tahun, Julia Child hanya mula menulis buku masakan pertamanya pada usia menghampiri 50 tahun, dan Ray Kroc, seorang penjual mesin milkshake berusia 52 tahun (pada ketika itu) telah menukarkan McDonald’s kepada empayar rangkaian makanan segera terbesar di dunia. Mungkin sebab kawan saya sedang menghampiri bracket usia tersebut tetapi bukan itu yang saya maksudkan. Saya rasa semua orang tidak perlu takut ketinggalan dalam menemui #magic dirinya sendiri kerana masa yang akan menentukannya.
 
Saya masih takut dengan kuasa media sosial bakal mempengaruhi cara kita berfikir dan mentafsir kehidupan. Trend-trend yang berleluasa di laman media sosial agak menakutkan saya. Katakanlah trend #selfie, memang cantik dan seronok dilihat tetapi kalau sekali skrol ada 10 selfie hanya dari 3 rakan sahaja sepanjang sejam yang lalu, muak juga. Bercakap mengenai #selfie, ada juga orang yang buat video #selfie. Dan tak cukup dengan 15 saat video pelbagai riak wajah, ditambah pula dengan collage frame gambar-gambar #selfie yang dipilih daripada video tersebut. Kalau Angelina Jolie buat tiap-tiap hari pun kita boleh muak, bayangkan orang yang rupanya sederhana.
 
Perniagaan tudung pun semakin trending sekarang. Semua orang jual tudung. Sama saja satu produk dengan satu produk yang lain. Akhirnya, ada yang mengeluh kerana tiada artis hijabster yang mahu endorse produknya lantas tidak dapat menembusi pasaran yang sedia kala sudah penuh dan tepu.
 
Gambar kucing, video kucing, gambar kucing tidur, gambar kucing lihat kamera, gambar kucing menguap, #catsofinstagram, malah Ellen DeGeneres pun telah mendedikasikan satu hari seminggu untuk post gambar kucing di Instagram beliau. Berapa banyak gambar kucing tidur yang perlu kita like setiap hari?
Berbalik kepada topik #magic kita. Sebenarnya ironi perkataan ‘#magic’ ini ialah perkataannya terlalu istimewa sampai tiada terjemahan Bahasa Malaysia yang betul-betul membawa keistimewaannya. Sangat ‘#magic’ bukan?
 
Bagaimana kita nak tahu sama ada sesuatu itu adalah ‘#magic’ atau hanya sekadar mengikut trend dan tiada keistimewaannya. #Magic is captivating your feeling about something. #Magic dihasilkan apabila segala-galanya menepati saat, masa dan jiwa yang telus dan tulus. #Magic dihasilkan diantara sedar dan tidak sedar. Di dalam ketidak-sedaran wujud keikhlasan dan ketulusan. Bila sesuatu itu wujud di dalam lingkungan yang dipenuhi keikhlasan, ketulusan, ketelusan dan kenyataan, maka #magic terjadi! Setelah kita tahu apa itu #magic, agak sedih untuk menyedari bahawa 95% daripada benda yang menjadi trend sebenarnya kehilangan #magic. Tetapi bukankah itu keistimewaannya? Tanpa benda yang biasa dan membosankan, tidaklah dapat kita menghargai #magic sepenuhnya.
 
Dunia ini dihasilkan oleh #magic , dan ini membuktikan bahawa #magic itu ada di dalam setiap rongga dan liang udara badan kita. Tetapi tidak salah mengikut trend.
 
Dan paling penting, kita perlu percaya bahawa #magic itu miliki saatnya. Sebagai magician perlu sentiasa teruja untuk menantikan saat itu. Sebab jika kita tak percaya, tak mungkin it’s #magic. Nanti selepas baca artikel ini, jangan lupa untuk YouTube “Alice in Mia-Land”. Satu koreografi tarian di dalam rancangan So You Think You Can Dance oleh Mia Michaels menggunakan lagu Sting “Every Little She Does Is #Magic”. Segala-galanya mengenai klip video selama 2 minit tersebut adalah #magic.
 
Abby Latif ialah seorang penulis, pemuisi, sukarelawan dan pengarah program bagi pertubuhan women:girls. Jika anda nahu berkongsi sebarang pandangan, sila E-mel kepada suzieadnan@gmail.com.
 
*Dipetik dari GLAM edisi Februari 2014

See also
Seks Bikin Anda Langsing – Bahagian 2