Cara Turunkan Berat Badan & Dapatkan Bentuk Idaman Berkesan

7 Tips Mendapatkan Bentuk Badan Idaman Tanpa Perlu Berlapar

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal bukanlah sesuatu yang mustahil. Mencapai tubuh badan ini memerlukan usaha  dengan rutin latihan yang betul dan diet yang sihat. GLAM senaraikan tips cara turunkan berat badan dengan berkesan.

Apa yang anda perlu ingat adalah setiap wanita hadir dalam bentuk badan tersendiri – ada yang bentuk buah epal, ada bentuk pear, ada juga yang voluptous, ada juga yang kurus. Sebenarnya yang paling penting ialah you do you. Tidak semestinya mereka yang kurus idaman ramai, ada yang lebih gemar sedikit isi pada punggung ataupun buah dada.

Lagipun badan kita hanya yang satu dan sekiranya anda mahu cara turunkan berat badan mengikut jenis badan ideal anda, tidak salah mencuba beberapa tip kami. Ingat, setiap bentuk badan unik dan menawan.

7 Cara Turunkan Berat Badan Anda Boleh Cuba

Mulakan dengan menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan realistik untuk penurunan berat badan. Apa yang anda boleh lakukan adalah letak satu tetapan jumlah sejumlah berat badan yang mahu anda turun dalam jangka masa tertentu, tetapi banyak bersabar dan elakkan kaedah penurunan berat badan yang melampau atau tidak sihat.

See also
KLFWRTW 2016: OOTD Edition

1. Kawal Pengambilan Kalori

Anda boleh mengukur pengambilan kalori anda dengan cara membandingkan berat badan dan ketinggian anda. Makan makanan yang hanya karbohidrat kompleks, sayur-sayuran, buah-buahan, lebihkan serat dan makanan berprotein tinggi. Elakkan alkohol, gula dan makanan goreng adalah cara turunkan berat badan yang harus dipraktikan selalu.

2. Jangan Makan Berlebihan

cara turunkan berat badan

Foto: Freepik

Makan beberapa hidangan kecil dan elak makam makanan dalam jumlah yang besar dua atau tiga kali. Ini akan memberi masa untuk badan anda memproses dan mencerna makanan sebelum bertukar menjadi lemak. Dengar signal daripada tubuh anda. Kadang kala anda terlebih makan hanya kerana nafsu, bukan lapar.

3. Minum Air Secukupnya

Minum sekurang-kurangnya satu liter air sejuk setiap hari agar dapat membakar kalori dan menyesuaikan diri dengan suhu badan anda. Banya meminum air juga membantu anda mencerna dengan betul, mengepam lemak dan mengelakkan kembung.

4. Mandi Dengan Air Panas Setiap Hari

Ada yang mengatakan bahawa cara turunkan berat badan adalah dengan mandi air panas setiap hari. Ia dikatakan juga akan membantu mengatasi masalah buncit dan menghapuskan cecair berlebihan daripada badan. Sejauh mana kebenaran kami tidak pasti, tetapi tidak salah untuk mencuba bukan?

See also
British Vogue Menggantikan Alexandra Shulman Dengan Ketua Pengarang Lelaki Pertama

5. Rajin Bersenam

cara turunkan berat badan

Foto: Freepik

Brisk walk atau jogging sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari antara cara turunkan berat badan yang bagus. Senaman kardio juga penting untuk mempercepatkan kadar degupan jantung bagi membakar kalori. Latihan kardio boleh menguatkan otot dan membentuk badan.

6. Amalkan Latihan Pengukuhan

Amalkan senaman seperti push-cup, bicep dan tricep curls dengan barbells, hammer curls dan bench presses untuk menguatkan dan membentuk lengan dan dada. Namun elak penggunaan pemberat yang keterlaluan supaya bahagian atas tubuh tidak kelihatan besar. Sebaliknya, anda perlu melengkapkan latihan dengan pemberat yang bersesuaian.

7. Senaman Untuk Abdomen

Lakukan senaman abdomen untuk mendapatkan a flatter stomach! Anda boleh mencuba latihan sit-ups berbeza supaya mendapat efek berbeza. Lengkapkan tiga hingga enam set dengan lapan hingga 10 kiraan setiap senaman. Sekiranya anda telah mencuba cara turunkan berat badan ini, jangan lupa untuk rehatkan tubuh sekali sekali, dan jangan terlalu memaksa diri.

Teks Nur Sofea

Foto Pexels

Artikel berkaitan: Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal

See also
Solekan Dior Cruise 2022 Berfantasi Legenda Greek