Riasan Cinta Dalam Solekan Untuk Ke Temu Janji - Glam Malaysia

Riasan Cinta Dalam Solekan Untuk Ke Temu Janji

Untitled muka
 
Selain rambut dan busana yang digaya, solekan memberi impak pertama. Raikan cinta dengan olahan kasih nan mesra.
 
Efek dramatik

Saiz bulu mata menjadi persoalan apabila kita berbicara tentangnya! Bulu mata panjang mega membuat anda serta merta seksi, Miley Cyrus sering membuktikan! Semasa memakai bulu mata palsu, jangan pandang terus ke cermin. Letakkan cermin solek di atas meja supaya anda boleh melihat ke bawah. Dengan ini, anda dapat melihat apa yang sedang anda lakukan, dan bulu mata palsu dapat diletakkan pada garisan yang tepat.
 
Hollywood Vibe

Melihat kepada solekan retro yang menakjubkan, Scarlett Johansson memang pemenangnya! Untuk solekan mata, asah celak hitam dan kemudian ketik hujung mata pensel dengan jari anda sebelum menggariskan pada garis bulu mata. Dekatkan celak mata pada akar dan lanjutkan ke luar satu inci suku. Angkatkan kening supaya mendapat efek kelopak mata rata agar tatarias pembayang mata lebih lancar. Lapiskan pelapik cecair untuk lebih intensiti. Untuk menambah twist pada wajah klasik ini, cuba gincu rona jingga atau merah. Usah lupa bawa gincu pilihan anda ke mana sahaja kerana gincu yang pudar memberi efek bibir yang kotor, not so sexy.
 
Percikan merah jambu

See also
Haruman Paling Emosi Cartier

Sedikit pemerah pipi bertona merah jambu lembut dan padanan gincu merah jambu memberi isyarat ‘I’m not trying too hard’ namun tetap cantik. Miliki solekan seperti Jessica Biel, sapukan krim merah cerah pada pipi dan bibir dengan jari anda sehingga mencapai intensiti yang anda mahukan dan kemudian calit salap bibir ke bibir untuk mendapatkan kemasan berkilauan. Lentikkan bulu mata dengan pelentik mata, anda tidak perlu maskara untuk melakukannya!
 
Smokey biru

Smokey eyes bukan lagi hanya bayangan warna arang. Warna merak bergaya seperti biru, hijau dan ungu adalah cara helah segar untuk membuat mata anda lebih pop. Solekan Jessica Szohr menggunakan penggaris colbalt yang hanya digariskan pada bulu mata atas dan bawah anda dengan pensel lembut. Kemudian kotorkannya warna itu dengan kapas. Ia pantas memberikan efek smokey eyes, lebih mudah dan lebih cepat!
 
Satu fokus

Playful makeup on a date? Mengapa tidak! Beri definisi pada wajah dengan warna yang terang. Apabila mengoles rona berani seperti Maggie Gyllenhaal berbalas pemerah pipi warna tanah dan juga pembayang mata. Anda kelihatan menawan sekali tanpa perlu solekan yang berlebihan. Untuk olesan warna gincu lebih bold di siang hari, tidak kira ke pejabat atau bersantai, pastikan juga solekan lain tidak mempunyai intensiti yang sama. Maka fokus lebih ketara, anda makin seksi bergaya!
 
[soliloquy id="49241"]
[soliloquy slug="riasan-cinta-dalam-solekan-untuk-ke-temu-janji"]