Datin X: Pinjam Duit Abang Ipar Untuk Beli Beg Tangan - Glam Malaysia

Datin X: Pinjam Duit Abang Ipar Untuk Beli Beg Tangan

DatinX_______
 
Datin X dah lama nak cerita pasal sosialit yang tengah hit sekarang ini. Kalau sebut nama Linda Azlan ini dia memang tengah top sekarang. Asalnya bukanlah dari keluarga berada tetapi rezeki dikurniakan wajah yang cantik dan tinggi persis model membuatkan dia menjadi rebutan jejaka. Apa lagi, pastilah Linda Azlan pilih lelaki yang bisa menyediakan kehidupan mewah untuknya. Khalid lelaki segak yang memang datang dari keluarga berada. Apa kelebihan Khalid sehingga Linda memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki ini? Ya memang banyak lelaki hartawan yang mahukan Linda. Tapi hampir semua lelaki orang, dan Linda pun tidak mahu kahwin dengan Datuk tua ganyut. Khalid datang dengan pakej yang lengkap. Mulutnya manis apabila menyusun kata-kata.
 
Rupa-rupanya kesenangan yang dibayangkan tidaklah semudah itu. Khalid adalah satu-satunya anak lelaki di dalam keluarganya. Dialah jantung hati ibunya. Senang cerita he’s a mummy’s boy. Hitam kata ibunya hitam lah baginya. Jadi satu syarat yang dikenakan ibunya sebelum kahwin yakni dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah. Dan Linda tidak tahu menahu mengenai itu. Fikir dia sebulan dua duduk rumah mertua boleh lah. Tapi masuk bulan ketiga dia hairan kerana suami dia masih belum menyebut mahu pindah rumah.
 
Macam-macam jenis rumah yang Linda sarankan untuk Khalid beli. Hai selera Linda memang tinggi. Tiga empat juta juga nilai rumah yang dia dambakan. Sudah dia bayangkan macam mana rumah itu mahu dihiasnya. Dia mahu mengubahsuai rumah itu mengikut cita rasanya. Satu persatu nama perabot mewah disebutnya untuk mengisi ruang di rumah baru mereka kelak. Khalid hanya mampu mengangguk saja dan tidak menceritakan perkara sebenar.
 
Semenjak Linda berkahwin dengan Khalid yang memang dari keluarga bangsawan ini, kelompok teman-teman Linda semuanya bukan calang-calang orang. Dia sudah meletakkan dirinya ditaraf high society. Keinginan untuk dia berfesyen semakin membuak-buak. Emelnya dihujani dengan jemputan-jemputan dari jenama antarabangsa. Kalau dipertunjukkan fesyen dia diletak di baris hadapan. Shes the ‘IT’ girl lah. Mana mungkin mahu pakai baju dan tas tangan yang sama di setiap event. She has to keep her life at par with those socialites. Kalau Marion Caunter ada tas yang itu dia pun mahu ada beg yang itu.
 
Malangnya Khalid dikawal rapi oleh ibunya. Setiap keputusannya harus menunggu kata putus dari ibunya. Datin Seri Rosnah yakni ibu Khalid tidak mahu anaknya itu memewah-mewahkan sangat si isteri. Katanya dia bersetuju untuk Khalid berkahwin kerana mahu lihat anaknya bahagia dan berkeluarga. Hancur harapan Linda untuk hidup bak sang puteri. Dia pun tak boleh arah-arah sangat pembantu rumah di rumah mertuanya. Semuanya dikawal Datin Seri Rosnah.
 
Ipar-ipar pun bersikap dingin dengannya. Linda sendiri tahu ibu mertuanya tidak berapa berkenan padanya. Apa dia buat di rumah semuanya serba tak kena. Hidupnya ibarat terkurung di sangkar emas. Sehinggakan kalau Khalid belikan dia barang-barang baru harus disorok di almari yang berkunci! Takut ketahuan mertuanya. Yang kaya itu ibu bapa Khalid, manalah larat Khalid nak memenuhi permintaan gila si isteri. Kali ini mahu Birkin Croc pula. Aduh ratusan ribu mahu cekau mana. Situasi Khalid diluah mati emak ditelan mati emak, dia tersepit antara ibu dan isteri.
 
Akhirnya, Khalid tebalkan muka meminjam duit daripada abang iparnya. Dah dibelikan tas tangan Birkin croc itu, Linda gembira bukan kepalang mahu ditayang pada teman-temannya di majlis-majlis fesyen nanti. Tetapi gembira Linda sekejap sahaja, apabila teman-temannya dah beli koleksi beg terbaru, Linda mula panas bontot. Dia nak juga beg yang baru itu. Jadi Linda memaksa suaminya untuk meminjam dari abang iparnya tanpa pengetahuan kakaknya. Sekali dua boleh lah, masuk kali ketiga abang ipar Khalid melenting dan membongkar rahsia ini kepada isterinya. Apa lagi huru-haralah rumah tangga Linda dan Khalid apabila ibu mertuanya dapat tahu. Sedangkan Khalid beli beg tangan puluhan ribu pun disorok di dalam lemari berkunci, inikan pula beg yang kosnya ratusan ribu ringgit.
 
Linda memang dikecam dan dibenci oleh keluarga mertuanya. Nak pindah rumah pun tak boleh. Keadaan bertambah teruk, dia hanya makan selepas keluarga mertuanya makan. Begitulah kehidupan dia sekarang. Lebih parah sudah dua tahun berumah tangga Linda gagal memberi cahaya mata pada Khalid. Lagi meluatlah si ibu mertuanya pun. Kata-kata sindiran sering dilempar kepadanya. Kata Linda pada Datin X dia sangat tertekan dengan hidupnya. Ada satu masa itu kerana terlalu tertekan dia pernah berniat untuk membunuh ibu mertuanya dengan meracuni makanannya. Kerana wanita itu menyekat cita-cita dia untuk menjadi wanita kaya dan berpengaruh. Tetapi niatnya itu dilupakan kerana dia masih waras. Linda akui dia menyesal juga berkahwin dengan Khalid, tetapi dalam masa yang sama masih cintakan Khalid. Kekurangan suaminya yang menjadi ‘yes mem’ membuatkan dia menderita. Mana tak nya sumber duit dari perniagaan keluarga Khalid. Kalau berani keluar dari rumah, keluarlah sehelai sepinggang. Mana mungkin Khalid mahu lepaskan semua kemewahan yang dirasai dari kecil. Datin X kalau terserempak dengan Linda sekarang, boleh nampak yang barang yang dipakai itu sudah diulang pakai. kalau sebelum ini semua pakaian, sepatunya dan hinggalah beg tangan semuanya bersilih ganti. Dengar-dengar cerita Datin Seri Rosnah mahu Khalid berkahwin lagi satu. Alasannya mahu cucu. Hai lagi sengsaralah Linda bila hidup bermadu nanti!

See also
10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia