Wanita Idaman: Hot Girls On The Block

Wanita Idaman: Hot Girls On The Block

Untitled Session6853(1)
 
APA YANG GLAM LELAKI IDAMKAN AKHIRNYA TERCAPAI. MENGHIMPUN LIMA WANITA TEMPATAN YANG DATANGNYA DARIPADA LATARBELAKANG JUGA PERSONALITI BERBEZA DAN MASING-MASING PUNYA PENDAPAT UNIK FASAL… SUDAH TENTU, LELAKI. VANIZHA NATHAN, MISHA SHAH, NARISA SORAYA, NURIDA SURAYA DAN AIN EDRUCE ADALAH SOSOK DAN NAMA YANG AKAN MEMAHAT DI MINDA.
 
NURIDA SURAYA
Nurida orangnya straightforward. Kadang-kadang bila berborak dengan Nurida, dia agak kelakar juga. Suaranya pula serak-serak basah. “Saya memiliki spa kecantikan atau beauty centre, Gossip Room. Jika kamu tanya mengapa saya memilih bisnes spa? Kerana saya orang yang suka menjaga kecantikan,” kata Nurida kepada GL.
 
Sejak Nurida berusia 18 tahun lagi , dia sudah bekerja. Masa itu Nurida belajar sambil bekerja dan oleh kerana sudah didedahkan seawal itu, dia memutuskan untuk memiliki bisnes sendiri. “Ada rancangan untuk mengembangkan lagi bisnes?” tanya GL. “Ada. Mungkin dalam masa tiga empat tahun lagi,” jawabnya.
 

MISHA SHAH

Ketika bertemu dengan Misha hari itu, dia baru pulang dari Los Angeles. “You were there for work or for fun? tanya GL. “For fun! Saya sangat suka L.A. Namun sepanjang di sana, saya bertemu dengan macam-macam orang. Saya berjumpa dengan penata gaya Destiny’s Child, fotografer fesyen dari New York… Malah, ada di antara mereka juga yang bertanya-tanya tentang Atelier Fitton,” jawab Misha.
 
Sambung Misha lagi, interaksi sebegitu memberikannya inspirasi dari segi karier kerana dia sangat mengagumi individu-individu bisnes yang berjaya. “Saya suka bergaul dengan individu-individu begini kerana ada banyak benda yang saya boleh pelajari.”
 
AIN EDRUCE
Ain Edruce GL sifatkan sebagai wanita millennial dan definisi individu moden masa kini. Mungkin kerana cara perbualan Ain dan cara pembawakan dirinya, kut. Dan dia muda lagi. Berusia 24 tahun, Ain memiliki target untuk masa hadapannya.
 
“Saya sekarang mahu fokus kepada bidang pengacaraan. Bermula dengan M Buzz dulu, kemudiannya mana tahu ada rancangan lain lagi,” kata Ain kepada GL. Ain beranikan diri mencuba bidang pengacaraan menerusi Facebook sahaja. Dia mendapat tawaran bilamana ada produksi yang mencari bakat-bakat baru.
 
“Saya tidak suka membuang masa. Bagi saya itu peluang yang perlu dirembat,” sambung Ain. Bermula daripada Hypp TV, wajah Ain mula diberikan perhatian sehinggalah TV3 yang menyedari kehadirannya dalam bidang pengacaraan.
 
VANIZHA NATHAN
Vanizha Nathan antara model wanita yang tengah ‘laku’ sekarang. Ada saja wajahnya di mana-mana kempen pereka fesyen lokal dan menghiasi pentas-pentas peragaan di sini.
 
GL bertanya dengan Vanizha, “Tidak terfikir untuk ke luar negara? Percayalah, kamu ada potensi yang sangat besar.” Vanizha tersenyum. “Sudah tentu mahu. Saya terfikir juga dan memasang niat itu, cuma sedang mencari masa yang sesuai,” kata Vanizha.
 
Vanizha memiliki raut wajah yang sangat unik. Tidak mustahil untuk dia cuba ke antarabangsa. Why not? Dan secara peribadi, GL rasa aset utama Vanizha adalah bibirnya. “Kini, kamu berusia 22 tahun. Masih belajar. Tetapi adakah fokus buat masa sekarang ini modeling sepenuh masa?” tanya GL kepada Vanizha.
 
Vanizha, yang memulakan karier modelnya secara serius Jun tahun lepas menjawab, “Ya. Buat masa ini, itu adalah fokus saya.”
 
NARISA SORAYA
GL bertanya, “Narisa, adakah kamu yang saya lihat dalam iklan komersial McDonald’s itu?” Jawab Narisa Soraya, “Ya! Haha! Kelakarnya.”
 
Narisa Soraya GL kenal menerusi acara-acara fesyen tempatan. Dia bertanggungjawab dalam membantu Tengku Chanela Jamidah menguruskan jenama Thavia dan Chic Editions. “Saya banyak mengendalikan bahagian pemasaran dan perhubungan awam. Selain itu, saya juga merancang untuk lebih aktif membabitkan diri dalam bidang modeling dan komersial,” kata Narisa kepada GL.
 
“Oh? Modeling?” soal GL. “Ya. Mungkin orang lain tidak tahu tetapi saya sudah lama menjadi model iklan komersial. Semenjak saya berusia 15 tahun lagi,” jawab Narisa.
 
Melangsungkan perkahwinannya Ogos tahun lepas, Narisa masih mahu bernafas dalam industri yang dia ceburi. She’s unstoppable. “Sama seperti sosok-sosok wanita lain yang berkecimpung dalam arena fesyen dan media, satu hari nanti saya mahu menempa nama dalam bidang yang sama,” jelas Narisa.
 
Barangkali lebih hebat lagi, dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Who knows. Malah, berbekalkan personaliti yang mudah didekati, mesra dan pakej rupa cantik, tidak mustahil Narisa boleh pergi jauh.
 
*Rujukan Gl Februari 2016
 
 

See also
Tip Badan Tidak Berbau