"Saya mengahwini seorang lelaki yang menakjubkan" - Nadia Nasimuddin

Saya mengahwini seorang lelaki yang menakjubkan – Nadia Nasimuddin

nadia4
 
KEMATANGAN NUR NADIA SM NASIMUDDIN, PUTERI BONGSU TAN SRI SM NASIMUDDIN SM AMIN NYATA MEMBERI INSPIRASI KEPADA WANITA MUDA DALAM MENGGALAS IMPIANNYA. TIDAK MENGEHADKAN KEJAYAAN SEDIA ADA, NADIA TERUS MEMBINA EMPAYAR BARU YAKNI BERSAMA PERNIAGAAN PERIBADINYA, PORTLUXE.
 
Mengenali dia di laman instagram juga di dada akhbar dan internet, saya percaya bukan sahaja saya mengimpikan kejayaan yang dimilikinya. Malah ramai lagi diluar sana ingin turut berada ditempatnya. Gayanya menjadi intipan, dari helaian padanan yang digayakan hinggalah ke beg tangan mewah yang dibimbitnya. Life has never been better! Namun mengenali Nadia lebih dekat hari ini, persoalan tentang lifestyle dan gayanya, kehidupan ‘rich and famous’ memang patut disangkal sejak dari awal lagi. Ternyata dia seorang yang humble dan disenangi apatah lagi yang keluar dari bibirnya hanya kebanggaan tentang keluarga berbanding yang lain. Mengenakan jumpsuit Zara, sepatu YSL juga beg tangan Louis Vuitton hari ini, Nadia menggambarkan personalitinya yang typically chic and classic.
 
BISNES DAN FESYEN
Bercakap mengenai perkembangan perniagaan,  “F&B is still my core.” Ungkapnya. Nadia sememangnya sentiasa mahu melangkah satu tapak ke hadapan. “Mungkin kerana kami sekeluarga gemar mengembara, jadi kala di luar negara kami selalu melihat potensi restoran di sana untuk dibawa ke Malaysia. Everyone loves food here, and it’s only natural when you see what other places are offering, you kind of want that too,” terang Nadia yang pernah mendapat pendidikan di Sri Cempaka dan kemudian di University of Nottingham, London selama empat tahun dalam bidang pengurusan.
 
Nadia sentiasa mahu menyambung pelajarannya dalam bidang pengurusan hotel di Switzerland. Namun terpaksa berhenti separuh jalan kerana bapanya jatuh sakit. “Saya sentiasa ingin mahir dalam bidang hospitaliti dan kebetulan F&B juga jatuh di bawah kategori yang sama.” Selain meneruskan empayar keluarga, kini Nadia tampil dengan laman web www.portluxe.com.my. Portluxe menjual dan membeli barangan pra-milik yang sahih mewah dan berjenama. Menghimpunkan pakaian eksklusif, kasut, beg dan aksesori, daripada klasik hinggalah seasonals.
 
“We have the same designer and luxury brands as Harrods, Selfridges and Net-A-Porter. Buat masa sekarang, tumpuan diberi kepada barangan wanita siapa tahu esok lusa barangan lelaki dan kanak-kanak juga ada,” terang Nadia yang memegang visi lima tahun akan datang, Portluxe bakal menempa nama di peringkat antarabangsa.
“Setahu saya belum ada laman web seumpama ini di Malaysia. Jika ada sekalipun konsep yang sama ia bukanlah online shopping. Anda perlu ke kedai untuk membeli barangan mewah ini. “Selama saya di UK, saya sering ke laman web sebegini di luar negara. Banyak laman web yang bagus dan benar-benar terjamin. We need a good service too so I decided to create Portluxe,” ujar Nadia yang kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki.
 
Sambungnya, “You know my closet is taking up everyone’s space. My husband is getting frustrated. Sayang mahu dibuang, hendak dijual tidak pula cukup waktunya. Besides, if you want to give to charity, the value of those items are not there.” Justeru, Nadia mahu menjadikan Portluxe sebagai platform fesyen kerana menurut pendapatnya, menarik untuk menawarkan fesyen mewah dengan diskaun yang berpatutan agar barangan mewah boleh diakses kepada semua kerana dia percaya semua orang berhak memiliki almari pakaian impian mereka.
 
Antara label fesyen banyak yang boleh didapati di Portluxe adalah Hermès, Saint Laurent, Victoria Beckham, Chanel, Louis Vuitton dan Fendi. Anda boleh melayari laman web atau singgah sahaja di kedainya di Plaza Damas, Kuala Lumpur. Portluxe adalah usaha perniagaan peribadi pertama Nadia. Katanya, “Fesyen adalah semangat saya. Jadi, penubuhan Portluxe adalah satu langkah yang tidak dapat dielakkan,” ujarnya tersenyum.
 
Melihat Nadia leka membelek helaian Dior dan jewelry daripada Bvlgari hari ini, sememangnya dia pencinta fesyen. Bukan sahaja menghargainya, malah dia punya pendapat sendiri tentang fesyen. Bila disoal tentang gaya pilihan, dia memilih Olivia Palermo dan Victoria Beckham sebagai idola dan inspirasi kala mengenakan padanan harian. Katanya, “They are all unique in their own way, to be honest.” Namun melihatkan gayanya, dia lebih memilih padanan klasik dan minimalist. Jika tidak ada majlis yang memerlukan dia bersiap mewah, dia hanya selesa bersama sepasang denim dan top ataupun dilapis bersama blazer. “Dari mana datangnya inspirasi gaya? I guess it’s more of what I’m comfortable with and how I feel. It’s whatever that gives me confidence. Ada helaian buat gaya anda tampak kusam dan down, jadi sarungkan sesuatu yang membuat anda berasa selesa dan yakin,” kata Nadia yang menggemari warna hitam dan putih dalam bergaya.
 
Busana penggambaran hari ini ditaja Dior. Hampir setiap persalinan dicuba dan ironinya semuanya tampak kena dengan personalitinya.“I love Dior from before, since my school days. Saya percaya ini datangnya daripada ibu saya. She always carried Dior. Dengan rekaan klasik dan timeless yang amat saya kagumi sejak kecil lagi ditambah reka bentuk abadi wanita menggambarkan diri mereka kala membawa Dior,” cerita Nadia yang juga meminati Stella Mccartney, Rick Owens dan banyak lagi jenama antarabangsa yang lain juga Rizalman untuk pereka tempatan.
 

See also
GLAM x Coach 2018: Fazura & Fattah Amin 360° Episod 3

[soliloquy id="46267"]

 

LIFE, MARRIAGE AND FAMILY

Saya kagum melihat keluarga besar ini menjalankan perniagaan bersama-sama, juga bercuti bersama-sama. Apa sebenar maksud keluarga pada Nadia? “Everything actually revolves around family. We travel and we make plans. Apa jua yang memerlukan ‘mesyuarat keluarga’, kami akan berjumpa untuk berbincang dan merancang bersama-sama. I think that’s something I grew up with. Bapa saya amat tegas di dalam semua perkara, we are mindful of the hard work that my dad has put in to build the empire.”
 
Dia menegaskan walau kesemua adik beradiknya berada di dalam syarikat yang sama namun setiap satu punya bidang yang berbeza. Jadi, tidak timbul soal perlawanan antara satu sama lain. Apatah lagi bila ada yang menyoal tentang perlawanan gaya antara ipar duainya. “We embrace each other. Adakala kami mengenakan outfit yang sama kala berjumpa. Saya tidak melihat sebagai ‘pertandingan’ malah seronok kerana keluarga dan ipar duai saya gemar berfesyen”, ungkapnya jujur.
 
“My one great success is my family. Saya mengahwini seorang lelaki yang menakjubkan dan kini bahagia dikurniai seorang anak,” cerita Nadia yang sering ke gim bersama suaminya untuk bersenam ataupun latihan berat badan. “Suami turut melatih saya sekali sekala. Kami juga sering melakukan aktiviti luar. Jika bercuti ke pantai, saya dan suami akan beraktiviti bukan hanya menghabiskan masa membaca buku di tepi pantai.” tambahnya lagi yang juga gemar beraktiviti lasak seperti hiking.
 
Ramai mengatakan Nadia mempunyai seorang suami yang kacak dan anak yang comel. Soalan saya, adakah anda memilih pakaian untuk mereka? “I want to say ‘Yes’! I want that compliment. It’s me! Dahulu suami saya seorang yang laid back, selepas berkahwin, saya akan menyediakan pakaiannya namun kini secara semula jadi dia sudah pandai memilih padanan mana yang sesuai untuknya. He kind of understands it now,” kata Nadia yang kini genap empat tahun berkongsi hidup bersama suami tercinta.
 
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun Clanhouseonline.com
Gambar: Bustamam Mokhtar white studio
Dandanan: Oivia Ooi
Solekan: KF Bong menggunakan Dior
Penyelaras: Aizat Aidid
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi November 2014
 
 

See also
"Know your worth, and go for it!" - Raja Jesrina Arshad