5 Kunci Rahsia Hilangkan Stress Ratu Sehari

5 Kunci Rahsia Hilangkan Stress Ratu Sehari

Oleh YUSAIRI FITRI
 

weddingGAMBAR LEON BIN YEE

 
Usah mengeluh wahai ratu sehari, sempena meraikan alam perkahwinan, GLAM  tampil dengan lima seleksi makanan yang boleh mengurangkan stress anda!
 
1. Ice-cream
Mengandungi amino tryptophan yang dapat menenangkan otak, ia juga dapat dilihat sebagai makanan yang mampu memberikan rasa ceria dan lebih bertenaga. Bukan hanya tertarik dengan campuran warna serta dekorasi menarik, malah rasa manis malah mampu meningkatkan tahap kecerdasan diri.
 
2. Coklat
Kandungan serotonin yang ada di dalam coklat membantu untuk menurunkan rasa stress dan menghilangkan rasa ketegangan otak. Rasa manis ditambah dengan campuran hazelnut, pasti menggiurkan tetapi ingat kawal pengambilannya.
 
3. Kacang Almond
Kacang badam dipercayai dapat mengurangkan kadar stres anda. Diperkaya dengan vitamin E, B2, magnesium dan zink, ia dapat menghilangkan tekanan pada otak. Amalkan cara pengambilan 1/3 cawan yang bersamaan 306 kalori.
 
4. Asparagus
Pengambilan asparagus dapat menghilangkan tekanan kerana ia mengandungi Vitamin B serta asid folik yang mampu menstabilkan emosi anda serta membantu untuk mewujudkan rasa tenang dan gembira.
 
5. Daging
Daging adalah antara makanan terbaik untuk dijadikan sebagai terapi mengurangkan stres. Ia mengandungi zink, zat besi dan vitamin B yang sememangnya penting dalam mengawal emosi anda.
 
 

See also
Di Sebalik Upacara Perkahwinan Intim Lily Collins