Retorik: Pereka Fesyen Perlu Berilmu - oleh Faizal Hamid

Retorik: Pereka Fesyen Perlu Berilmu – oleh Faizal Hamid

John GallianoJohn Galliano. Gambar: TPGVIP

 
Oleh: Fazial Hamid
 
Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan pandangan saya tentang sejauh mana keperluan, serta kepentingan pendidikan formal (asas seni reka fesyen) bagi mereka yang beraspirasi untuk menjadi seorang pereka fesyen. Jawapan saya sebenarnya mudah, you can do it with or without, terpulang kepada sejauh mana integriti kita dalam merealisasikan impian untuk menjadi pereka profesional dan disegani. Perlu diingat menjadi ‘pereka popular’ dan ‘pereka disegani’ adalah dua perkara yang berbeza.
 
Pereka yang menakjubkan seperti Alexander McQueen, John Galliano dan Hussien Chalayan (sekadar menyebut beberapa nama), semuanya mempunyai pendidikan formal dalam Seni Reka fesyen. Mereka ini tergolong dalam kategori pereka yang gifted mungkin satu dalam sejuta, dan tidak akan ada replikanya. Cuba kita tanya diri kita kembali, adakah kita mahu menjadi antara ribuan replika pereka yang telah ada ataupun kita mahu menyerlahkan ekspresi individualiti tersendiri dalam karya yang mewakili generasi serta menjadi legasi yang boleh dibanggakan.
 
Secara peribadi, pengalaman belajar di universiti adalah terlalu berharga. Pendidikan menjadi tunjang utama dalam menyediakan saya, dengan kefahaman tentang prinsip dan asas seni rekaan. Arah tuju kerjaya saya sekarang ini, sebahagian besar bertitik tolak daripada kualiti program pendidikan, para pensyarah, mentor yang memberi bimbingan serta motivasi, juga inspirasi daripada para sahabat yang sama-sama berhempas pulas belajar pada waktu itu.
 
Pengalaman saya menimba ilmu hingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Amerika Syarikat memberikan saya ruang mencari diri dan mengasah bakat untuk menjadi yang terbaik dalam profesion saya. Pendidikan juga memberi saya keyakinan dan fokus dalam kehidupan, serta kebolehan untuk berfikir seterusnya mentafsir secara kritikal tentang karya saya (dan juga orang lain). Ia mengajar saya bagaimana untuk meluahkan ekspresi diri serta interpretasi seni untuk masyarakat. Paling penting, proses pendidikan memberi kita kekuatan untuk menghadapi serta mencari jalan penyelesaian bagi apa jua masaalah.
 
Kegigihan kita untuk menimba ilmu memberi semangat untuk kita terus berusaha melangkaui imaginasi untuk mereliasasikan impian. Sama ada kita akui atau tidak, pendidikan dan ilmu mendefinisikan ‘suara’ kehebatan sesuatu generasi. Tugas utama pendidik adalah untuk membantu pelajar membuat anjakan paradigma serta transformasi diri daripada yang biasa menjadi luar biasa. Pendidik juga bertanggungjawab untuk membimbing mereka mencari ‘roh’ dalam karya dan mengeluarkan kehebatan yang ada dalam diri.
 
Pendidikan memberi ilmu yang membuka ruang lingkup minda kita terhadap dunia sekeliling. Ilmu membantu kita berani menyuarakan pendapat dan memberikan kita ketajaman intuisi dalam memahami kehidupan. Ada yang mempersoalkan sama ada, adakah hanya pelajaran sahaja yang boleh memberikan ilmu? Ada yang menyatakan bahawa pelajaran hanyalah proses untuk mendapat informasi tentang dunia sekeliling sementara ilmu adalah sesuatu yang kita dapat melalui pengalaman. Persoalan dan pendapat tersebut tidak salah, but then again, information cannot be converted into knowledge without education. Education makes us capable of interpreting things. Ia bukan hanya pelajaran dalam buku teks, tetapi sebenarnya adalah pelajaran tentang kehidupan, gratitude & humility.
 
Kita perlu tahu, menjadi seorang pereka tidak cukup dengan anda memiliki sebuah butik fesyen. Bukan juga dengan hanya anda memiliki pen, pensil dan kertas. Tetapi paling penting adalah kemahiran anda menggunakan peralatan tersebut untuk menghasilkan serta mencipta karya yang terbaik untuk masyarakat.
 
Pada pandangan saya, pendidikan formal adalah seperti makanan lengkap dengan nutrisi seimbang. Pendidikan formal juga menyediakan peluang untuk kita belajar proses memantapkan bakat, mengenal pasti kelemahan, dan kekuatan diri dalam ruang yang teratur dan produktif. The biggest difference I have seen (and it’s a generalization) is that completely self-taught designers often don’t understand the fundamentals very well. Even if they do, they have trouble articulating them. As a result, their work seems to follow the trends without a strong sense of cohesion.
 
Seni Reka secara amnya adalah bidang yang kaya dengan warisan, tradisi dan falsafah yang tersurat serta tersirat. Pendidikan formal Seni Reka mengajar pelajar untuk lebih menyelami dan memahami tradisi, whereas self-taught designers might only skim the surface. Pendidikan formal seni reka menyediakan pelajar peluang untuk bereksperimentasi dan eksplorasi dalam bidang rekaan tanpa kekangan aspek komersial (commercial constraint).
 
Paling penting misi pendidikan adalah untuk melahirkan pelajar dan pereka yang berteraskan kualiti, individualiti, kecemerlangan, keyakinan dan ketokohan. Meminjam kata Nelson Mandela, Education is the most powerful weapon we can use to change the world. Pilihan terletak di tangan anda semua, fikir-fikirkanlah.
 
Faizal Hamid, Pensyarah Kanan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam. Berkelulusan MA In Environmental Arts (Fashion), Syracuse University, New York .
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Oktober 2015
 
 

See also
Stail Pilihan GLAM Pada Malam #MostGLAM 2017