Mereka membuktikan bahawa individu yang punya bentuk badan curvy juga boleh bergaya hebat. “We are so lucky we have a shape. We’re so lucky we’re curvy,” ujar Kate Winslet dalam suatu temu bual mengenai imej badannya. Siluet lekap badan menonjolkan lagi sisi sensual mereka seperti yang digayakan Beyonce manakala Kate Upton dan Christina Hendricks cukup bijak dalam padanan gaya sut yang mengembuskan aura wanita kuat nan chic. Ikuti ilham gaya bentuk badan curvy menerusi galeri ini.